This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

01 Disember 2008

Aktiviti KESPA 2008

27 Januari
Perhimpunan Pemidato Nusantara anjuran Pusat Latihan Pidato Profesional
Bangunan SIRIM, Shah Alam

31 Januari
Induksi Kelab Debat dan Pidato
Kampung Changkat, Gombak


17-24 Februari
Encik Hafezi diundang sebagai Juri Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri
Universiti Putra Malaysia

23 Februari
Bengkel Asas Seni Pengucapan Awam Siri 1
Blok A, IPBMM

29 Februari
Pelancaran KESPA
Dewan Za'ba, IPBMM

5 April
Majlis Permesyuaratan Tertinggi (SYURA) KESPA
Asrama Bukit Pantai, IPBMM

26 April
Pertandingan Forum Piala Guru Cemerlang (Saringan)
Blok A, IPBMM

1 Mei
KESPA diundang sebagai Fasilitator Bengkel Pengucapan Awam untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah – Universiti Islam Antarabangsa (DPLI-UIA)
Pusat Pendidikan UIA, Persatuan Pendidik Ummah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

3–4 Mei
Wakil KESPA menjadi Peserta Kongres Permuafakatan Melayu
PERSADA, Johor Bahru

8 Mei
Pertandingan Pidato Piala Pusingan Tuan Haji Abd. Jalil bin Abd. Gani(Saringan)
Sudut Pidato, IPBMM

11 Mei
Bengkel Asas Seni Pengucapan Awam Siri 2
Bilik Kuliah, Asrama Bukit Pantai, IPBMM

11, 17 dan 18 Mei
KESPA diundang sebagai Tenaga Pengajar untuk Pasukan Debat UNISEL
Universiti Industri Selangor, Batang Berjuntai

23 Mei
Pidato sempena Hari Guru
Dewan Za’ba, IPBMM

30 Mei – 1 Jun
Seminar dan Kursus Integriti untuk Pemimpin Belia Peringkat Kebangsaan
Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

23-25 Jun
Induksi KESPA
Kg. Changkat, Gombak, Selangor

27 Jun
Pertandingan Forum Piala Guru Cemerlang (Akhir)
Dewan Za’ba, IPBMM

2-4 Julai
Pertandingan Pidato Piala Pusingan Datin Asariah binti Mior Shaharuddin 2008 
Dewan Za’ba, IPBMM

4 Julai
Perasmian Laman Karyawan
Laman Karyawan, IPBMM

12 Julai
Konvensyen Mahasiswa PKPIM-DBP “Mengisi Realiti Semasa”
Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Wacana Intelektual “Isu Kontrak Sosial”
Shah Village Hotel, Petaling Jaya

25 – 27 Julai
Training for Trainer
Kem Langgong, Selayang

1 Ogos
Bengkel Asas Pidato Siri 3
Dewan Pak Sako, IPBMM

8 – 10 Ogos
Konvensyen Tamadun Malaysia dan Bahasa Melayu
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, Pahang

23 Ogos
KESPA diundang sebagai Moderator Forum Cabaran Gerakan Pelajar Pasca AUKU
Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Selangor.

7 September
Bengkel Asas Pidato Siri 4
Dewan Pak Sako, IPBMM

12 September
Pertandingan Debat anjuran Persatuan Bahasa Melayu IPBMM dengan kerjasama KESPA 
Blok C, IPBMM

Majlis Berbuka Puasa
Bilik Kuliah Asrama Bukit Pantai, IPBMM

13 September
KESPA diundang sebagai Fasilitator untuk Bengkel Pengucapan Berkesan Secara Profesional
Politeknik Shah Alam, Selangor

10 Oktober
Debat Piala Pusingan Soriah bt Abdullah
Dewan Tun Sri Lanang, IPBMM

14–16 Oktober
Debat IPG Kebangsaan
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

17–20 Oktober
Debat Kepenggunaan FOMCA
Universiti Multimedia Malaysia, Melaka

03 November 2008

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pihak pengurusan blog rasmi KESPA ingin memohon kemaafan kerana tidak dapat mengemaskini aktiviti dan program terbaharu. Hal ini kerana pengurusan blog ini adalah seorang sahaja dan capaian internet di sini tidak memberangsangkan.

Insyallah, kita akan cuba sedaya upaya melakukan pembaharuan dengan secepat yang mungkin supaya anda semua dapat menikmatinya. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

06 Julai 2008

Logo 50 Tahun Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia



Deskripsi logo akan dikemas kini kemudian. Harap maaf.

29 Jun 2008

Pertandingan Forum Piala Pusingan Guru Cemerlang Peringkat Akhir

Sesungguhnya pertandingan ini baru sahaja usai pada 26 Jun 2008, hari Khamis yang lalu. Pertembungan pada kali ini berlangsung antara 2 pasukan iaitu, PPISMP 3E dan PPISMP 3I.

Kriteria yang diambil kira sepanjang forum berlangsung ialah kesantunan bahasa, cara mengawal forum, memulakan forum, kupasan isu, adab dan lain-lain lagi seumpamanya.

Hakim terdiri daripada Dr. Ali bin Mahmood, En. Ramli bin Saadon, Pn. Hasnah binti Mohd. Salleh dan Datin Paduka Anismah binti Ahmad.

Kesimpulan yang dapat dibuat sepanjang pertandingan; kedua-dua pasukan kurang mantap dari segi penguasaan maklumat, yakni memahami, menghadam dan kritis sesuatu isu. Akibatnya, isu yang cuba ditonjolkan kurang jelas dan kadang kala contoh yang diberi tidak sesuai dengan kenyataan yang diujarkan. Seharusnya setiap peserta memahami terlebih dahulu 'akar' tajuknya dahulu, barulah senang untuk membincangkannya di dalam forum dengan minda yang terbuka.

Selain itu, terdapat juga peserta yang berperwatakan seperti seorang 'deejay' sehingga intonasi suara yang digunakan mengelirukan audiens dan hakim sama ada sedang mendengar radio atau menonton forum.

Walau bagaimanapun, persembahan kedua-dua pasukan adalah pada tahap memuaskan. Semoga selepas ini ada peningkatan dari segi mutu dan kualiti forum yang dipamerkan.

Pemenang akan dimaklumkan kelak pada masa akan datang.

09 Jun 2008

Perlembagaan telah siap dirangka

Alhamdulillah. Akhirnya perlembagaan telah siap dirangka setelah penat 'menghempas-pulas' buah fikiran dan menaip segala butiran.

Untuk peringkat permulaan, ahli-ahli KESPA diminta untuk memahami, menekuni, meneliti dan menghadam segala perkara yang terdapat dalam perlembagaan. Salinan akan diberi pada minggu hadapan kepada setiap seorang. Sesi perdebatan dan persetujuan akan dibuat dalam masa terdekat.

Selain itu juga, banyak pertandingan sudah semakin hampir. Kepada peserta, tolong buat persiapan rapi. Selepas ini ada latihan intensif setiap hari. Antara pertandingan yang bakal menjelma:
  1. Pertandingan Pidato IPG *(Julai)
  2. Pertandingan Debat IPG *(Julai/Ogos)
  3. Pertandingan Forum IPG *(Julai/Ogos
  4. Pertandingan Debat FOMCA *(Julai)

*Tarikh belum dikenalpasti lagi.


Akhir kata, tolong bersiap siaga, jangan asyik lentok dibuai lena.

03 Jun 2008

Terkini mengenai KESPA

Untuk makluman semua, ketika ini proses pembikinan dan penggubalan Perlembagaan KESPA sedang dijalankan dengan giat. Pastinya dengan Perlembagaan ini akan memberi kemudahan dan kesenangan dalam mentadbir urus, mengendalikan program dan pengurusan kewangan KESPA.

Barangkali ada yang beranggapan KESPA kurang 'terserlah' selepas Majlis Pelancaran yang lalu. Namun begitu, usah khuatir kerana terdapat beberapa perkara yang perlu disiapkan terlebih dahulu secepat mungkin dan pengstrukturan KESPA perlu diperhalusi satu per satu supaya tiada sebarang masalah mahupun kepincangan pada masa akan datang.

Insyallah, banyak lagi program yang akan dijalankan selepas ini oleh KESPA. Antaranya, Kem 3 Hari 2 Malam, Malam GIBRAN, Diskusi Ilmu dan lain-lain lagi. Selain itu, KESPA juga sedang mencadangkan untuk membuat Bengkel Intensif Pidato bersama Dato' Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Saggof pada masa yang terdekat. Diharapkan semua ini mampu menjadi kenyataan dan doakanlah kejayaan kami sentiasa. Amin.

Logo KESPA

06 Mei 2008

Sekitar Kongres Permuafakatan Melayu di PERSADA, Johor Bahru


Sempat ketemu dan bergambar dengan penyanyi lama, A. Rahman

Mencatat maklumat daripada Prof. Dr. Zainal Kling

Dato' Wira Burhan & Dato' Prof. Dr. Ramlah Adam

Duduk semeja dengan Generasi Pertama Institut Bahasa di Bukit Senyum, Johor.

Bergambar dengan Tokoh Maal Hijrah 2005, Y.Bhg. Dr Muhammad 'Uthman El-Muhammady

Bersama-sama Ustaz Azmi dari TERAS

Wakil daripada IPBMM yang mengikuti kongres

Hairi, Safwan dan Cikgu Hafezi sedang khusyuk mengikuti kongres

05 Mei 2008

Makluman Terkini

  1. Pertandingan Forum Piala Pusingan Guru Cemerlang dan Pidato Piala Pusingan Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Gani peringkat akhir terpaksa ditangguh pada semester akan datang disebabkan minggu peperiksaan. Hal ini kerana memberi laluan kepada semua peserta peringkat akhir untuk membuat persiapan peperiksaan akhir semester.
  2. Mesyuarat KESPA akan diadakan pada 6 Mei 2008, pukul 9.00 malam. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua ahli KESPA. Agenda mesyuarat ialah: Pertandingan Pidato, Bengkel, Kem 3 Hari dan lain-lain.
  3. Pertandingan Debat Piala Pusingan Puan Soriah binti Abdullah akan diadakan pada semester akan datang. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPBMM kursus sepenuh masa. Setiap pasukan mesti diwakili 4 orang peserta (3 orang pendebat dan seorang simpanan. Jadi, persiapan dan persediaan boleh dibuat mulai sekarang.
  4. Pihak KESPA mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan dan Semoga Berjaya dengan Cemerlang kepada semua pelajar IPBMM.

Pertandingan Pidato Piala Pusingan Tuan Haji Abdul Jalil bin Abdul Gani (Pusingan Awal)

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia yang mengambil kursus sepenuh masa (KPLI, PISMP-OUM, PISMP-IPG, KDPM Kemas dan PPISMP).
  2. Setiap peserta diperuntukkan masa untuk menyampaikan pidato selama 7-10 minit sahaja.
  3. Setiap penyertaan mestilah disertakan nama penuh, no. kad pengenalan, kelas, no. telefon dan satu pilihan tajuk pidato.

  1. Pilihan tajuk adalah seperti berikut:

a) Pendemokrasian Pendidikan Jentera Murid Cemerlang

b) Belia Berwawasan Tunjang Negara Gemilang

c) Masalah Sosial Nanah Kepada Pembangunan Negara

d) Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

e) Warisan Seni dan Budaya Tunjang Kecemerlangan Ummah

f) Kecemerlangan Pendidikan Nadi Pembentukan Modal Insan

g) Jangan Sesekali Melupakan Sejarah

h) Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara

  1. Pemarkahan yang diberi berdasarkan isi, bahasa, persembahan, gaya, teknik dan lain-lain lagi seumpamanya.
  2. Pendaftaran juga boleh dibuat dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi nama penuh, no. kad pengenalan, kelas, no. telefon dan satu pilihan tajuk pidato anda kepada 017-5545060 (Saudara Muhammad Safwan).
  3. Tarikh tutup penyertaan 8 Mei 2008.
  4. Keputusan hakim adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan.
  5. Pertandingan akan diadakan di Sudut Pidato (laluan ke kantin dan koperasi) pada 9 Mei 2008.

29 April 2008

Makluman dan mohon perhatian!

Bengkel Fasilitator untuk
Kursus Pidato Umum Nusantara
di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Kuala Lumpur.

Makluman kepada semua fasilitator yang terpilih daripada KESPA yang terlibat untuk program di Kursus Pidato kepada Guru-guru Pelatih DPLI IPT, Pusat Pendidikan UIA pada 1 Mei 2008. Bengkel dan taklimat fasa akhir untuk fasilitator akan diadakan pada:

Tarikh: 30 April 2008
Masa: 9.00 malam
Tempat: Bilik Kuliah, Asrama Bukit Pantai

*bawa bersama nota rujukan
**kepada anggota yang tidak dapat menyertai jangan memendam rasa dan iri hati, program yang seterusnya sentiasa menanti dan giliran anda akan ada juga nanti.

Senarai nama fasilitator yang terlibat:
Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi
Noor Farieza binti Mohd. Nashiruddin
Muhamad Hafizul Khairi bin Ahamad
Muhammad Dahuri bin Ghazali
Muhamad Raimi bin Yusof
Adibah binti Sailin
Nurhamizah binti Abdul Hamid
Siti Nur A'shiqin binti Roslan
Abdul Munir bin Mohd. Noor
Sayidah Nafisah binti Md. Isa
Anis binti Mohd. Radzuan
Sakinah biti Md. Rodzi

19 April 2008

Keputusan Pertandingan Forum Piala Pusingan Guru Cemerlang Peringkat IPBMM (Pusingan Awal)

Berikut adalah senarai pemenang yang layak untuk ke peringkat akhir, Pengerusi Forum dan Ahli Panel Terbaik bagi pusingan awal:

PERSAINGAN KUMPULAN A
Pemenang:
Pasukan A2
Pengerusi Forum Terbaik:
Amirrudin bin Abdul Rashid (PPISMP 2E)
Ahli Panel Terbaik:
Syazwan bin Mohd Fadzil (PPISMP 2E)

PERSAINGAN KUMPULAN B
Pemenang:
Pasukan B2
Pengerusi Forum Terbaik:
Muhammad Dahuri bin Ghazali (PPISMP 2F)
Ahli Panel Terbaik:
Sakinah binti Md. Rodzi (PPISMP 2I)

Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Ali bin Mahmood, Dr. Sabri bin Che Man, Encik Ramli bin Saadon, Encik Johari, Datin Paduka Anismah binti Ahmad dan Puan Che Zainon kerana sudi hadir untuk menjadi panel hakim dan menjayakan pertandingan ini.

Begitu juga dengan jawatankuasa pengelola pertandingan, usaha dan penat letih menguruskan pertandingan akan mendapat berkat dan balasan daripada-Nya.

*Pasukan yang menang akan bertanding untuk peringkat akhir (tarikh belum diputuskan lagi).

13 April 2008

Karya dan arkitel anda sangat diperlukan

Anda pasti mempunyai pengalaman, pengetahuan dan ilham yang ingin dikongsi bersama. Tambahan pula anda mempunyai bakat dalam mengarang dan penulisan kreatif. Jangan bazirkan bakat yang telah dikurniakan-Nya.

Ayuh, hantarkan kepada kami sebanyak yang mungkin. Jangan dipendam dan dibiarkan begitu sahaja. Pastinya karya anda mampu memberi manfaat kepada semua.

Seperti kata guru saya:
Kain berlipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubit budi jadi kenangan.

Anak Merbah disambar Helang,
Anak Pipit dipipiskan lada;
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama dan jasanya.

Yang penting, karya dan artikel anda bukan diciplak dan ditiru daripada mana-mana media. Apatah lagi meng'forward' sahaja daripada e-mel dan lain-lain lagi. Jika tidak, kiriman anda tidak dilayan.

Karya anda akan diberi kredit daripada KESPA dan anda boleh menghantar melalui e-mel:
  • wanza348@yahoo.com, atau
  • kespaipbmm@gmail.com


Pertandingan Forum Piala Pusingan Guru Cemerlang Peringkat IPBMM

Peserta: Guru Pelatih Kumpulan KPLI
Tarikh: 18 April 2008
Tempat: Dewan Za'ba/Bilik Kuliah Blok A
Masa: 3.00 petang - 5.30 petang


Peserta: Guru Pelatih Kumpulan PPISMP, PISMP-IPG, PISMP-OUM & KDPM Kemas
Tarikh: 19 April 2008
Tempat: Dewan Za'ba/Bilik Kuliah Blok A
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tgh hari


Antara pilihan tajuk yang dicadangkan (setiap pasukan pilih satu SAHAJA):
  1. Isu Penculikan Kanak-kanak: Selamatkah Anak-anak kita?
  2. Pilihan Raya Umum Ke-12: Satu Pandangan Dan Penilaian
  3. Krisis Harga Barang, Rakyat Menjadi Mangsa
  4. Bangsa Berilmu Bangsa Berjaya
  5. Guru Cemerlang Negara Gemilang
  6. Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja: Kemelut Yang Perlu Diatasi
  7. Sistem Pendidikan Negara: Cabaran Dan Harapan
  8. Budaya Kebangsaan: Membina Jati Diri Bangsa Negara Atau Retorik Semata-Mata?
  9. Kemandulan Bahasa: Salah Siapa?
  10. Isu Pluralisme Agama: Satu Ancaman Baharu Masyarakat Kita Pada Masa Kini
Syarat pertandingan:
  1. Setiap pasukan mesti memiliki 4 atau 5 orang anggota.
  2. Pasukan bebas untuk memilih anggota pasukannya daripada mana-mana kumpulan kursus SEPENUH MASA (PPISMP, PISMP-IPG, PISMP-OUM, KPLI dan KDPM Kemas).
  3. Semasa pertandingan, anggota pasukan yang membincangkan tajuk forum hanya terdiri daripada seorang pengerusi Majlis dan 3 orang ahli panel sahaja.
  4. Durasi yang diperuntukkan kepada setiap pasukan hanya 15 minit untuk mengupas tajuk forum dan 5 minit tambahan diberi untuk menjawab 1 soalan daripada panel hakim.
  5. Pendaftaran mesti dibuat selewat-lewatnya pada hari Khamis, 17 April 2008 pukul 10.00 malam.
  6. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh merujuk kepada:
    • Dr. Tuan Jah bt. Tuan Yusof - Jabatan Bahasa Melayu
    • Dr. Ali b. Mahmood - Jabatan Bahasa Melayu
    • Dr. Sabri b. Che Man - Jabatan Bahasa Melayu
    • Sdr. Muhammad Dahuri b. Ghazali - PPISMP
    • Sdri. Noor Farieza bt. Nashiruddin - PISMP-IPG 3A
    • Sdri. Sakinah bt. Md. Rodzi - PPISMP

08 April 2008

Borang Keahlian KESPA

Memandangkan ramai guru pelatih IPBMM yang berminat untuk menyertai dan bersama-sama KESPA, kami sangat berbesar hati menerima kalian semua. Bak kata pepatah, kecil tapak nyiru kami tadahkan.

Walau bagaimanapun, kami mempunyai masalah untuk mendapatkan anda melalui pertemuan mata dengan mata kerana mempunyai kesuntukan masa dan tugas yang terlalu banyak. Namun, kepesatan dunia teknologi pada hari ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh KESPA. Kini, anda boleh mendapatkan borang keahlian dengan memuat turun borang di bawah.

Muat turun di sini

Syarat-syarat keahlian:
Terbuka kepada seluruh warga Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia termasuk pensyarah, staf sokongan dan bekas pelajar.

Cara mengisi borang:
Jujur dalam mengisi borang
Jawab dengan spontan dan ikhlas
Tidak cuba menipu dan mereka-reka cerita

Borang ini boleh diserahkan kepada:

Saudara Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi
Pengerusi KESPA IPBMM
017-5545060

Saudara Muhammad Dahuri bin Ghazali
Naib Pengerusi KESPA IPBMM
013-3524191/013-9166965

Saudari Noor Farieza binti Mohd. Nashiruddin
Setiausaha KESPA IPBMM
017-7997221

Saudari Sakinah binti Md. Rodzi
Penolong Setiausaha KESPA IPBMM
012-4266052

dan

Saudari Adibah binti Sailin
Pengarah Imej dan Jaringan KESPA IPBMM
017-7103364

03 April 2008

Selamat Datang ke Blog Rasmi KESPA

Alhamdulillah, segala usaha dan pengorbanan anggota KESPA selama ini telah berjaya merealisasikan Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia akhirnya.

Untuk makluman semua, KESPA telah tertubuh secara rasminya pada 29 Februari 2008 di Dewan Za'ba, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Dengan bantuan, sokongan dan dorongan daripada pensyarah, bekas guru pelatih IB dan pihak luar, diharapkan mampu membawa KESPA menjadi lebih baik lagi.

Insyallah, beberapa program telah dirangka dan akan dijalankan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Buat masa ini, banyak lagi perkara yang perlu diuruskan bagi memastikan kelancaran KESPA untuk kesenangan semua pada masa akan datang. Diharap semua guru pelatih IPBMM yang berminat untuk bersama-sama kami terus sentiasa setia dan sabar menanti perkembangan yang seterusnya.

Yang pasti, KESPA bukan satu persatuan yang hanya menjalankan program semata-mata untuk menaikkan imej atau kepentingan kami sahaja. Sebaliknya, kami akan membantu anda untuk melatih dan memperbaiki seni pengucapan awam, meningkatkan keintelektualan dan mengeratkan hubungan ukhwah sesama kita.

Kami berharap perjuangan ini mendapat penyertaan dan penglibatan semua warga IPBMM atau setidak-tidaknya memberi sokongan dan dorongan, dan pastinya bukan kutukan, cercaan, mahupun hinaan. Jika ada sebarang komentar, kritikan, cadangan dan teguran boleh dihantar melalui emel kepada:
  • kespaipbmm@gmail.com
Kami sentiasa menerima dengan hati dan minda terbuka. Emel yang diberi akan kami usahakan untuk membalasnya secepat yang mungkin.

Akhir kata, seperti kata guru saya:

Kumpul bersama adalah permulaan,
Kekal bersama adalah peningkatan,
Bekerjasama adalah kejayaan.

Jumpa anda di puncak jaya!

10 Mac 2008

Pelan Pembangunan Kelab (2008-2010)

FASA 1: Agenda 2008-2009

• Memberikan pemahaman ILMU SENI PENGUCAPAN AWAM YANG SEBENAR kepada khalayak.
• Mempromosi kewujudan kelab serta aktivitinya kepada umum.
• Membentuk imej dan jaringan daripada dalaman (IPGMKBM) dan luaran.

Agenda ini bergerak kepada 4 modus operandi:

Mempromosikan kelab, keahlian dan pemahaman ilmu seni pengucapan awam.
a) Majlis pelancaran kelab peringkat IPBMM.
b) Mengedarkan maklumat dan pengetahuan mengenai seni pengucapan awam.
c) Sasaran: Semua warga IPBMM (Pelajar, Pensyarah dan yang berminat)
d) Penyebaran risalah bercetak.

Melaksanakan kursus dan bengkel pengucapan awam serta diskusi ilmu.
a) Kursus induksi (untuk ahli kelab sahaja)
b) Bengkel / kursus pengucapan awam (Pidato dan Debat)
c) Kursus asas kejurulatihan pidato.
d) Diskusi ilmu secara perbincangan, seminar (luar) dan forum.

Mengadakan pertandingan luar musim (luar daripada KAGUM BPG) antara cadangan:
a) Piala Sumbangsih (Piala Pusingan Tun Syed Nasir) untuk pidato (2008).
b) Piala Sumbangsih (Piala Pusingan Pendeta Za’ba) untuk debat (2009).
***(Permulaan penyertaan kepada IPGM seluruh Malaysia)

Membangunkan hubungan dan jaringan dalaman dan luaran terutamanya dalam pertandingan dan kepakaran.
a) Menggunakan pengalaman bekas pelajar dan kepakaran pensyarah/jurulatih dalam bidang tersebut.
b) Menggunakan laman sesawang (blog, friendster, e-mel)
c) Membentuk jaringan yang lebih kukuh di peringkat dalaman.
d) Membentuk jaringan yang lebih kukuh di peringkat luaran:
• Pusat Latihan dan Pembangunan Insan Nusantara (Pusat Latihan Pidato Profesional - Pulapi-Pro)
• Akademi Debat Malaysia
• Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM)
• Rakan Latihan (Pasukan UM, UiTM)
e) Menyertai pertandingan-pertandingan luar
• Debat FOMCA, ASTAR, Kemerdekaan
• Pidato Kementerian Belia dan Sukan, Pidato Kenegaraan, Pidato Pengguna

*Tertakluk kepada perubahan, keperluan dan keadaan.

Profil KESPA

05 Mac 2008

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KESPA

TAHUN 2007 (Kelab Debat dan Pidato)
Pengerusi: Dzari Hasbullah bin Abdul Wahab
Timbalan Pengerusi: Noor Farieza binti Mohd. Nashiruddin

TAHUN 2008
Pengerusi: Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi
Timbalan Pengerusi: Muhammad Dahuri bin Ghazali

TAHUN 2009
Pengerusi: Ruziatul Adibah binti Sailin
Timbalan Pengerusi: Mohd. Hafizul Khairi bin Ahamad

TAHUN 2010
Pengerusi: Mohd. Yasser bin Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Noor Farieza binti Mohd. Nashiruddin

01 Mac 2008

Ikrar Ahli KESPA

Aku berjanji bahawa
Aku akan berazam
Akan berjaya dengan cemerlang,

Aku berjanji
Akan berusaha dengan teguh,

Aku harus maju
Dan aku harus berjaya,

Aku insaf bahawa
Setiap cabaran harus kutempuh
Setiap dugaan harus dipatahkan
Demi diriku, keluargaku, bangsaku, agamaku, dan negaraku.

Orientasi Gerakan Kelab

1. Ukhwah dan didikan
Merapatkan ukhwah dengan lebih jitu, kesatuan hati yang utuh antara ahli serta merasai nilai kekeluargaan bersama.

2. Kepemimpinan dan keterampilan
Melahirkan ahli-ahli kelab yang mempunyai daya kepemimpinan cemerlang dan mampu memberikan sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.

3. Keilmuan dan keintelektualan
a) Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar serta mendukung budaya ilmu sebagai tunjang dalam pembangunan modal insan.
b) Berpegang kepada pemikiran dan penilaian berhikmah berteraskan ilmu serta berprinsip ‘non-partisan’.

4. Imej dan Jaringan
Membina imej kelab yang berjaya dalam pertandingan dan penganjuran kursus/bengkel peringkat IPGM serta membentuk jaringan perhubungan yang bercapah dan bersepadu.

Visi dan Misi KESPA

Visi
Melahirkan insan cemerlang yang petah meluahkan kebijaksanaan
dengan menyakinkan dan mendukung budaya ilmu.

Misi
Memberikan peluang dan latihan dalam membina insan yang berkeyakinan
dalam meluahkan kebijaksanaan berteras kepada visi dan misi IPGMKBM.

29 Februari 2008

Sejarah Penubuhan KESPA

Penubuhan KESPA telah digagaskan oleh lima orang guru pelatih, iaitu Ruziatul Adibah binti Sailin (PISMK-OUM), Siti Hajar Aishah binti Ibrahim (PISMK-OUM), Noor Farieza binti Mohd. Nashiruddin (PISMP 2A), Dzari Hasbullah bin Abdul Wahab (PISMP 2B) dan Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi (PPISMP 3C) pada bulan Ogos tahun 2007. Ilham dan idea penubuhan tersebut terbit sebaik sahaja usai Pertandingan Debat Kepenggunaan FOMCA 2007 di Universiti Tenaga Nasional, Bangi.

Pada awalnya, kertas cadangan penubuhan kelab menggunakan nama Kelab Debat dan Pidato (KDP). Modus operandi lebih tertumpu kepada latihan dan pembangunan debat dan pidato dalam kalangan guru pelatih. Saudara Dzari Hasbullah bin Abdul Wahab telah dipilih selaku Pengerusi untuk menerajui Kelab Debat dan Pidato Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Pada tahun tersebut, KDP telah mencadangkan supaya mewujudkan 2 buah piala untuk pertandingan debat dan pidato bagi peringkat dalaman. Cadangan tersebut telah dipersetujui dan disumbangkan sendiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah IPBMM, iaitu Piala Pusingan Soriah binti Abdullah dan Piala Pusingan Haji Abdul Jalil bin Abdul Gani.

Setelah melakukan beberapa siri perbincangan dengan para pensyarah, bekas pelajar dan tokoh bahasa, KDP telah membuat Majlis Permesyuaratan Tertinggi (SYURA) dan mencadangkan supaya penjenamaan semula kepada Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA). Hal ini kerana bidang seni pengucapan awam dapat memperluaskan lagi ruang lingkup bahasa melalui lisan, tidak hanya tertumpu kepada debat dan pidato semata-mata.

Tanggal 29 Februari 2008, KESPA telah dilancarkan secara rasmi oleh Puan Soriah binti Abdullah, Pengarah IPBMM di Dewan Za’ba bersempena Majlis Pelancaran KESPA. Tetamu kehormat, Dato’ Dr. Syed Ahmad bin Syed Samsuddin Al-Saggof, Pemegang Sandang Tertinggi Citra Ageng Pidato Nusantara telah dijemput untuk membuat ucaptama. Selain itu, majlis bacaan ikrar pidato dan persembahan sajak ‘Sahabat’ memeriahkan lagi suasana.

SYURA telah memutuskan bahawa Saudara Muhammad Safwan bin Mohd. Noor Azmi untuk menerajui Pengerusi Kelab Seni Pengucapan Awam yang pertama. Pada kali ini, KESPA mencadangkan supaya diadakan pertandingan debat, pidato dan forum antara institut-institut perguruan peringkat kebangsaan pada setiap tahun. Hal ini kerana perjalanan Kegiatan Aktiviti GERKO Untuk Maktab (KAGUM) sifatnya bermusim dan pertandingan-pertandingan dijalankan mengikut giliran dalam tempoh 4 tahun kurang membantu guru pelatih terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu, KESPA juga mencadangkan nama Piala Tun Sri Lanang untuk pertandingan debat, Perisai Pendita Za’ba untuk pertandingan pidato dan Piala Tun Syed Nasir untuk pertandingan forum.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More