This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

29 Jun 2011

20 JENIS AIR YANG ANDA JARANG DENGAR

 

20 Jenis air yang anda jarang dengar

 

1. AIR ABU – Air yang mengandungi zat daripada abu.

2. AIR ALAS – Air masin.

3. AIR ANJING – Sejenis tumbuh-tumbuhan.

4. AIR ATAR – Sejenis air wangi.

5. AIR APUS – Air yang sangat dalam.

6. AIR BAH – Air banjir.

7. AIR BELERANG – Air dari mata air panas.

8. AIR CELUP – Air warna.

9. AIR GULA – Air yang manis dibuat daripada campuran gula.

10. AIR HIDUNG – Hingus.

11. AIR KEMIH – Air kencing.

12. AIR LATA – Air terjun.

13. AIR LEBAH – Air madu.

14. AIR LULUK – Pusaran Air.

15. AIR PAWITRA – Air persucian dalam agama Hindu.

16. AIR PELEKAT – Gam.

17. AIR SELERA – Air liur.

18. AIR SURI – Nira yang belum menjadi tuak.

19. AIR TELEKIN – Air arwah.

20.  AIR UKUP – Air wangi.

Sumber rujukan : A. Aida & Nur Sakinah. (2009). Kamus Simpulan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publications

06 Mei 2011

SYABAS! KEPADA MOHD PAIZAL BIN SANEK..!

 

syabas kepada mohAMAd paizal bin sanek!

 215494_203421439690065_100000666310912_649575_3159890_n

 

Sekalung ucapan syabas kepada wakil pemidato dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Mohamad Paizal bin Sanek daripada PISMP Semester 1 yang telah berjaya meraih tempat yang pertama dalam Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011. Pertandingan ini secara rasminya telah berlangsung pada 11 hingga 12 April 2011 yang bertempat di Institut Integriti Malaysia (IIM), Jalan Duta. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh IIM dengan kerjasama daripada para pensyarah dan pelajar IPG KBM. Boleh dikatakan semua ahli jawatankuasa Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) IPG KBM turut memberi sumbangan bagi memastikan kelancaran majlis. Selain itu, seramai 53 orang peserta dari 27 buah IPG yang menyertai pertandingan pidato bagi merebut Piala Menteri Pelajaran Malaysia bagi tahun ini.

DSC02109 Syabas! Mohd Paizal bin Sanek berjaya membawa pulang Piala Menteri Pelajaran Malaysia beserta cek yang bernilai RM 3000.00

DSC02073

Naib Johan bagi Pertandingan Pidato Integriti ialah saudara Mohd Syafiq Aiman bin Mat Nor dari IPG Kampus Raja Melewar. Manakala tempat yang ketiga pula dimenangi oleh saudari Fatimah Azzahra bte Mohamed Syarif dari IPG Kampus Ipoh

 

DSC02037

Saudara Mohamad Paizal bijak menyampaikan isi pidatonya dengan idea-idea yang bernas dan penuh bersemangat

 

 

DSC02028  DSC02043

Perasaan terharu dan gembira menusuk ke kalbu apabila Mohamad Paizal bin Sanek diumumkan sebagai johan pertandingan

 

DSC02106 Kejayaan turut dirai bersama jawatankuasa pensyarah dan jawatankuasa pelajar Pertandingan Pidato Integriti 2011

 

 KENANGAN BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA, YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASIN

207020_1678821252416_1294057874_31421451_1517260_nMajlis Penutupan Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2011 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan diiringi oleh Pengarah IPG KBM, Datin Dr Hajah Fowzia binti Osman

 

Kejayaan ini merupakan suatu kemenangan terbesar bagi seseorang yang telah berusaha gigih serta tidak kenal erti penat dan lelah dalam mencapai matlamat. Kemenangan dan kejayaan hanya akan dimiliki oleh mereka yang bergelar pejuang, iaitu seseorang yang ingin menjadikan dirinya sebagai yang terbaik, luar biasa bagus dan luar biasa hebat. Syabas sekali lagi buat saudara Mohamad Paizal bin Sanek!

04 Mei 2011

PANGGILAN HORMAT

 

 

pANGGILAN HORMAT

Gelaran dan panggilan hormat merupakan nama panggilan bagi individu tertentu atau nama khas yang diberikan kerana sumbangan dan jasa seseorang. Pemilihan dan penggunaan panggilan hormat kepada individu tertentu bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan penutur dengan orang yang disapa.

Berikut diperlihatkan contoh gelaran dan panggilan hormat yang digunakan lazimnya di negara Malaysia :

ORANG YANG DISAPA

PANGGILAN HORMAT

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri

Duli Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia
Ketua Hakim Yang Amat Arif
Hakim dan kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Berenang-renang si anak ikan,

Buat tatapan anak nakhoda,

Panggilan hormat saya berikan,

Menjadi tambahan ilmu di dada.

Rujukan: Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

08 Februari 2011

Bengkel Pengacaraan Majlis (SIRI 1) 2011

Bengkel pengacaraan majlis SIRI 1 2011

Bengkel Pengacaraan Majlis SIRI 1 2011 anjuran KESPA telah diadakan pada 7 Februari 2011 yang bertempat di Dewan Za’ba IPG KBM. Bengkel ini berlangsung bermula jam 2 petang dan dihadiri oleh lebih 150 orang peserta. Bengkel tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pensyarah jemputan dari IPG KBM iaitu Puan Sarimah.

DARI MEJA PENDAFTARAN

1

2 

Sesi pendaftaran peserta daripada kumpulan PPISMP dan PISMP.

KE MEJA JUALAN

page 

Buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah hasil karya

Dr. Tuan Jah Tuan Yusof (Phd)

SEMASA BENGKEL BERLANGSUNG

7 

Puan Sarimah memulakan bengkel dengan pengenalan kepada erti sebenar Seni Pengacaraan Majlis.

 

 

8

 

Seni Pengacaraan Majlis merupakan suatu kemahiran yang memerlukan kebijaksanaan serta tepat berbahasa semasa mengendalikan acara dalam sesuatu majlis.

 

10

 

‘’55% cara untuk meyakinkan audiens tentang penyampaian yang diberi adalah berdasarkan kepada visual iaitu penyampaian yang melibatkan air muka dan pergerakan badan.’’

(Profesor Albert Mehrabian)

11

 

‘’Mata dapat mengancam seperti pistol berisi yang diacu atau; menghina seperti desiran ataupun tendangan; atau dapat membuat hati menari dengan keriangan’’

(Ralph Waldo Emerson)

13

 

Katakan kepada diri anda bahawa

aku akan menyampaikan skrip dengan BAIK dan BERKESAN!’

 

 

 

 

PENUTUP MAJLIS

15 Pengerusi KESPA, saudara Khairil memberikan cenderamata kepada Puan Sarimah

31 Januari 2011

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

percaya pada diri sendiri

images

Sikap percaya pada diri sendiri merupakan suatu ‘booster’ atau pendorong utama bagi menjadikan seseorang insan mencapai kejayaan. Sikap percaya pada diri sendiri telah melahirkan seorang insan yang hebat bergelar Sinnathamby. Sinnathamby ialah pemaju hartanah terkemuka di Australia. Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan dan merupakan pengerusi Springfield di Australia. Beliau telah menjadikan Mahatma Gandhi sebagai inspirasi hidupnya. Menurut Sinnathamby, walaupun Gandhi tiada harta yang melimpah ruah, tentera yang banyak dan gagah serta hubungan kekeluargaan bagi menyokongnya, namun beliau telah mengubah landskap sejarah India dengan mencipta satu empayar sejarah kemanusiaan dengan menyerahkan India kepada pemiliknya yang berhak dan membuatkan pihak British melaksanakannya secara mudah dan terhormat hasil daripada sikap berani serta yakin dan percaya pada diri sendiri tanpa perlu terlalu bergantung pada orang lain.

Pelbagai pengajaran dapat diambil dan dibuat pedoman daripada inspirasi Sinnathamby. Selain itu, terdapat 10 tips untuk capai kejayaan. Antaranya ialah:-

  1. Baiki segala kekurangan dan kelemahan diri.
  2. Kemaskan diri, baiki penampilan diri serta anggaplah diri anda sebagai yang terbaik.
  3. Jangan malu atau segan untuk membuat perkara atau perubahan yang positif.
  4. Selalu berkata pada diri bahawa anda dicipta sama seperti orang lain yang mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri.
  5. Elakkan perasaan malu tak bertempat kerana perasaan malu mampu menjatuhkan keyakinan diri.
  6. Lakukan warm-up sebelum memulakan sesuatu pekerjaan kerana aktiviti ini mampu mengaktifkan diri anda.
  7. Sentiasa peka dengan masa kerana ‘masa itu emas’. Jangan suka bertangguh dan membiarkan masa berlalu tanpa membuat sebarang perkara yang berfaedah.
  8. Apabila hendak memulakan kerja, fikirkan hasil yang akan diperoleh,bukannya masalah yang akan timbul.
  9. Pandang tepat pada mata dan muka orang yang kita sedang berinteraksi bagi menjadikan komunikasi itu bermakna.
  10. Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan di dunia ini.

Diharap agar artikel ini dapat membantu sedikit banyak setiap insan yang bergelar manusia yang sentiasa inginkan perubahan positif dalam diri. Tips di atas amat berguna dan bermakna terutamanya bakal-bakal guru yang akan mendidik dan melahirkan insan yang berguna kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara kelak. Sama-samalah kita melakukan transformasi dalam diri agar menjadi insan yang berpekerti mulia, berketrampilan dan gemilang. images (1)

29 Januari 2011

Awang Sariyan: Abdullah tak bohong fakta sejarah

Awang Sariyan: Abdullah tak bohong fakta sejarah

Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.

Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.

"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya di Besut hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.

Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.

Menurutnya konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.

Sehubungan dengan itu Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah.

Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.

Sumber: Malaysiakini

20 Januari 2011

Siri Wacana Ilmiah dan Pertemuan Ilmuwan anjuran ABIM

Penceramah: Prof. Dr. Awang Sariyan

Jawatan: Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China kerajaan Malaysia di Beijing sejak awal 2008

Tarikh: 21 Januari 2011, Jumaat

Masa: 9.30 malam – 10.30 malam

Tempat: Bilik Wacana, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak

Tajuk: 'Bahasa Melayu Sebagai Jati Diri Umat Melayu dan Rakyat Malaysia'

Terbuka.

Kepentingan bahasa Melayu bukan sahaja identiti kepada bangsa Melayu, tetapi merupakan identiti masyarakat Malaysia yang perlu dipertahankan. Kepentingan bahasa ialah untuk membentuk worldview atau pandangan alam yang berkongsi istilah dan maksud yang sama dalam berbahasa. Oleh kerana itu bahasa Melayu bukan sekadar bahasa percakapan turun menurun umat Melayu, tetapi merupakan wahana kepada pembentukan tamadun ilmiah yang tinggi dan wahana perpaduan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Prof. Dr. Awang SariyanProf. Dr. Awang Sariyan ialah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China kerajaan Malaysia di Beijing sejak awal 2008; sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia dan di Universiti Malaya. Ia pernah dua kali dilantik sebagai Profesor Tamu di Pusat Pengajian Asia Tenggara di Universiti Frankfurt, Jerman dan secara berterusan di Universiti Sumatera Utara, Indonesia, menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura dalam bidang bahasa dan pendidikan bahasa Melayu sejak tahun 1992. Hasil tulisannya meliputi lebih 50 judul buku bahasa, falsafah, pendidikan dan kamus, ratusan makalah dalam pelbagai jurnal, majalah, akhbar dan lain-lain. Kertas ucap utama, syarahan, kertas dasar dan kertas kerjanya meliputi lebih 200 judul dalam seminar di dalam dan di luar negara. Beliau memiliki akaun FB nya dengan nama 'Kembara Bahasa' dan blognya http://kembarabahasa.blogspot.com/.

Kenali Raja Rajeswari Seetha Raman

Raja Rajeswari Seetha Raman, anak kelahiran Kuala Kurau, Perak, mendapat pendidikan awal di SRJK (Inggeris) Bagan Serai, Perak. Pendidikan menengahnya di SMJK (Inggeris) Bagan Serai, Perak dan Sekolah Tinggi Chung Ling, Pulau Pinang. Raja Rajeswari mengikuti Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah (1982 – 1984). Kemudian bertugas sebagai guru bahasa Melayu di SJK (T) Ampang, Kuala Lumpur (1985-1988), Sek. Keb. Selayang Jaya (1989 - Jun 1995) dan SMK Taman Ehsan, Kepong (1.4.1998 - 31.7.07). Memperoleh Ijazah Bacelor Sastera dengan Kepujian (1998) dan Ijazah Sarjana Sastera dengan Tesis (2005) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Doktor Falsafah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) dalam bidang Kesusasteraan Melayu di samping berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Dalam bidang penulisan kreatif, Raja Rajeswari menulis dalam genre sajak, cerpen, esei dan rencana. Sajak beliau tersiar dalam majalah dan akhbar Anis, Al-Islam, Berita Minggu, Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Siswa, Metro Ahad, Milenia Muslim, Mingguan Malaysia, Mingguan Wanita, Nur, Pentas Dunia, URTV, Wanita, dan Wanita Hari Ini. Sajak beliau juga termuat dalam Antologi Anti Perang, Lakaran dan Puisi (2003), Prahara di Padang Karbala (2003), APAS (Antologi Puisi Pilihan Komuniti Penyair 2003), Peterana Kasih (2004), Tinta Ehsan (2004), Di Laman Anggerik Ini (2004), Gema Membelah Gema 14 ( 2004), Antologi Tunas Jiwa (2005), Antologi Puisi Ratib Seribu Syair (2005), Manuskrip Luka Bangsa (2006), Antologi Ekspresi Palestin (2009), Antologi Puisi Agenda Melayu (2009), Antologi Sajak Genting Gaza, Gentingnya Genting (2009), Antologi Puisi Mengabdi Melestari (2009), Musibah Gempa Padang (2009), Antologi Hari Pejuang Bahasa (2010) dan Dari Jendela Zaman Ini (2010). Mekar Bunga (2006) merupakan Kumpulan Puisi Persendirian sulung beliau. Manakala cerpen termuat dalam antologi Vanakam (2002) dan Arca Cendekia (2003). Puisi beliau berjudul “Monolog Buana Palestina” dijadikan lagu puisi oleh DBP Cawangan Sabah dan puisi berjudul “Seni Jarum” dijadikan lagu puisi oleh Kumpulan Kopratasa. Dua buah puisi beliau berjudul “Menanti Sebuah Subuh Megah’’ dan “Bicara Sukma Palestina Kepada Warga Buana” diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan National Arts Council, Singapore.

Antara hadiah yang pernah diraihnya ialah Hadiah Anugerah Penyair Alam Siber Tahun (2003 dan 2004), Hadiah Pertama Sayembara Menulis Puisi Ramadan dalam talian (2004) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 untuk Kategori Puisi. Selain berkarya, Raja Rajeswari juga terlibat dalam bidang penterjemahan. Kini beliau dalam proses menterjemah Kumpulan Puisi Kembali Dari Dalam Diri koleksi puisi penyair tersohor negara Ibrahim Ghaffar dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Selain menghasilkan karya dalam genre puisi dan prosa, Raja Rajeswari juga merupakan pembentang kertas kerja peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pernah membentang kertas kerja untuk Simposium Penulis Pelbagai Kaum anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan di Prince of Songkhla University, Thailand. Beliau juga membentang kertas kerja untuk Konvensyen Pendidikan dan program anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia. Pernah menjadi ahli panel untuk GAPENA sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia dan ahli panel untuk forum Di Luar Lingkungan di TV1.

Raja Rajeswari turut terlibat dalam acara Baca Puisi anjuran pelbagai pihak seperti DBP, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Muzium Negara, Muzium Shah Alam, Majlis Teater Negeri Selangor (MTS), Persatuan Penulis, ITNM, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Raja Rajeswari juga merupakan pendeklamator untuk Unit Multimedia, DBP. Koleksi Puisi Bermontaj Jilid 10 yang menghimpunkan Koleksi Puisi Terbaik Penyair Malaysia Abad Ke-20 dideklamasikan oleh beliau.

Raja Rajeswari juga menyandang jawatan sebagai AJK PENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia), AJK PPS (Persatuan Penulis Selangor) dan AJK PKBM (Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia).

31 Ogos 2010

Ramadhan... Pemergianmu ditangisi

Assalamualaikum. Salam Ramadhan penuh keberkatan!

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan
  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
  • Mengejutkan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah menghidupkan malam-malam tersebut.
  • Mengikat tali pinggang (tidak bersama isteri). Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w, apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan) beliau akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri). (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  • Mandi antara maghrib dan isyak dan menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
  • Melakukan iktiraf di masjid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: "Biasanya Nabi s.a.w beriktiraf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan.
  • Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
  • Memperbanyakkan sedekah.
Tanda-tanda Lailatul Qadar

Diterangkan dalam sebuah hadith, antara tanda-tandanya ialah:
  1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.
  2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan tidak terik.
  3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.
Hikmah Disembunyikan Lailatul Qadar
  1. Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
  2. Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
  3. Memperbanyakkan doa untuk memperolehnya.
Adab Mengakhiri Ramadhan & Menyambut Eidul Fitri
  1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaranNya dengan mengucapkan 'Takbir' pada malam Eidul Fitri dengan gema yang mampu menggemparkan syaitan.
  2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala ni'matNya dengan bertahmid dan berzikir.
  3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.
  4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan 'Sadaqatul Fitri' (membayar zakat fitrah).
  5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan Solat Eidul Firi dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
  6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.
  7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.
  8. Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturrahmi.

Alhamdulillah, itulah serba sedikit ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi bersama. Semoga kita semua dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dalam Ramadhan yang bakal berakhir.


Sumber: Pamplet IKRAM Subang Jaya



22 Mei 2010

Boleh Kritik di Sudut Pidato

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi memberi jaminan tiada tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang memberikan pandangan kritis, termasuk mengkritik dasar kerajaan atau universiti, ketika berpidato di Sudut Pidato institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pandangan mahasiswa sekali pun berbeza dengan dasar harus dihormati kerana mereka mungkin ada pertimbangan dan rasional tersendiri dalam menilai suatu perkara atau isu.

Justeru, beliau mengingatkan pihak universiti tidak bersikap terlalu `keras’ dalam membuka peluang berpidato itu dan jangan sewenang-wenang mengenakan tindakan tata tertib serta melabel mahasiswa yang meluahkan pandangan berbeza sebagai golongan berhaluan kiri mahu pun antikerajaan.

“Saya memberi jaminan pihak universiti tidak akan, malah mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan, selagi mahasiswa yang berpidato tiada melakukan perbuatan menghasut yang jelas melanggar undang-undang.

“Kita mesti menghidupkan budaya berfikiran kritis di kampus, satu daripada tujuh kemahiran insaniah yang penting untuk dikuasai oleh mahasiswa sebagai pemimpin pelapis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kebimbangan dikenakan tindakan oleh pihak universiti dan tidak berminat berpidato adalah antara sebab Sudut Pidato di IPTA mendapat sambutan dingin mahasiswa.

Perkara itu didedahkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mendakwa pihak Hal-Ehwal Pelajar (HEP) IPTA juga akan menganggap mahasiswa yang berpidato isu sensitif sebagai penyokong pembangkang.
Dalam konteks ini, Saifuddin turut menasihatkan pihak universiti tidak mengenakan pelbagai syarat yang boleh menyebabkan mahasiswa berasa dikekang untuk berpidato.

Sebagai contoh, beliau berkata, universiti tertentu mensyaratkan mahasiswa mendaftar diri, malah ada yang meminta teks ucapan untuk tujuan saringan, sebelum mereka dibenar menggunakan Sudut Pidato.

“Semua ini tidak perlu, sebaliknya pihak universiti harus memberi sedikit kepercayaan bahawa mahasiswa akan bertanggungjawab (ketika berpidato).
Mahasiswa boleh mengeluarkan pandangan berbeza dan pendapat mereka itu boleh dibalas balik oleh mahasiswa lain yang tidak bersetuju melalui pentas Sudut Pidato,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak berhasrat untuk mengeluarkan pekeliling khusus atau mengadakan perjumpaan khas dengan IPTA.

sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan mahasiswa dan pentadbir universiti selaras kuasa autonomi yang diberikan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian itu akan bekerjasama dengan kerajaan Perak untuk membangunkan bandar raya Ipoh sebagai sebahagian daripada hub pendidikan tinggi di negara ini.


Sumber: Berita Harian, 22 Mei 2010

14 Mei 2010

Gaji minimum bahaya untuk golongan miskin

Baru-baru ini saya bertemu dengan dua pegawai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membincangkan mengenai caruman KWSP petugas di IDEAS. Saya memuji cara kerja para pegawai itu. Mereka sabar dan bersungguh-sungguh cuba membantu saya dengan nasihat-nasihat yang berguna.

Peruntukan undang-undang menetapkan bahawa setiap majikan wajib membayar caruman KWSP sebanyak 12 peratus sebagai tabungan pencen pekerja. Ada beberapa pengecualian, tetapi secara umum, itulah peraturannya. Dua belas peratus sebenarnya merupakan satu jumlah yang besar, terutama bagi organisasi yang baru bermula seperti kami di IDEAS.

Semasa saya berurusan dengan KWSP, terlintas juga dalam fikiran bahawa mungkin ada petugas saya yang terpaksa ditamatkan kontrak kerana kami tidak mampu membayar caruman mereka. Mungkin ada yang mungkin terpaksa diturunkan gaji. Malahan, saya mungkin terpaksa menawarkan gaji yang lebih rendah kepada petugas baru kerana saya tidak mampu membayar caruman KWSP yang tinggi.

Sebagai contoh, katakanlah jika ada petugas IDEAS yang menerima bayaran RM5,000 sebulan. Kos kepada syarikat, jika dicampurkan caruman KWSP, ialah RM5,600. Kos tambahan RM600 itu adalah satu kos yang tinggi, yang sebenarnya boleh saya gunakan untuk membayar gaji pekerja sambilan yang lain.

Tetapi, oleh kerana saya diwajibkan untuk membayar caruman KWSP, maka saya mungkin terpaksa menamatkan kontrak pekerja sambilan itu. Sedangkan pekerja sambilan yang bergaji rendah itu boleh jadi amat bergantung harap dengan bayaran upah dari saya untuk menyara keluarganya.

Dalam kes ini, semata-mata untuk membayar caruman KWSP seorang pekerja kaya berpendapatan tinggi, saya terpaksa memberhentikan seorang pekerja miskin berpendapatan rendah. Saya tiada pilihan lain kerana hasil kerja pekerja profesional itulah yang menjana pendapatan untuk organisasi kami. Untuk mengekalkan dia maka saya mesti membayar jumlah yang dia mahu.

Ironis sekali apabila undang-undang KWSP yang asalnya bertujuan mahu memastikan rakyat Malaysia ada tabungan pencen akhirnya mengakibatkan seorang pekerja miskin dibuang kerja. Dalam bidang sains sosial, inilah yang dikenali sebagai hukum akibat yang tidak dijangka (law of unintended consequences).

Situasi ini menyebabkan saya bimbang apabila Kementerian Sumber Manusia mahu menetapkan kenaikan gaji para pengawal keselamatan dengan kadar yang agak tinggi. Ini merupakan satu bentuk gaji minimum yang ditetapkan oleh undang-undang.

Hakikatnya ini sama dengan caruman KWSP yang kadarnya turut ditetapkan oleh kerajaan melalui undang-undang. Ada kesan negatif yang tidak dijangka yang akan berlaku, walaupun niat asalnya adalah baik. Bagi saya ini juga bertentangan dengan aspirasi Model Ekonomi Baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Dalam Bab Enam laporan Model Ekonomi Baru (MEB) yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), dengan terang dinyatakan bahawa MPEN tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan gaji minimum kerana ia boleh mengurangkan peluang pekerjaan di Malaysia.

Pandangan MPEN ini tepat sekali. Maka janganlah pula ada kementerian yang membelakangkan semangat MEB yang seperti yang dinyatakan dalam laporan itu.

Mungkin ada yang mempersoalkan bagaimana gaji minimum boleh mengurang peluang pekerjaan. Pengalaman IDEAS yang saya ceritakan di atas memberi jawapan yang jelas. Jika gaji minimum diwujudkan, maka akan ada golongan yang nanti terpaksa diberhentikan atau tidak diambil bekerja demi membolehkan syarikat menampung kos bayaran gaji atau caruman pekerja lain yang ditetapkan oleh undang-undang.

Biasanya golongan yang akan rugi ialah para pekerja berpendapatan rendah kerana mereka lebih mudah diganti berbanding golongan profesional berpendapatan tinggi. Golongan pengawal keselamatan, tukang sapu sampah, tukang kebun, buruh kasar, jurutol, dan lain- lain harus cemas dengan cadangan gaji minimum. Ini kerana gaji minimum akan menghasilkan kezaliman kepada golongan yang paling memerlukan pertolongan.

Saya sebenarnya mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Saya pernah bekerja sebagai pembersih tandas hospital semasa belajar di United Kingdom. Apabila kerajaan Britain memperkenalkan gaji minimum pada tahun 1999, saya dibuang kerja kerana syarikat tidak lagi mampu membayar upah semua pekerja.

Pada tahun 1997, Institute of Economic Affairs, sebuah badan pemikir di London, menerbitkan satu edisi khas jurnal ilmiah untuk membicarakan kesan gaji minimum. Mereka mendapati bahawa gaji minimum mungkin tidak memberi kesan negatif kepada negara sewaktu ekonomi sedang berkembang.

Tetapi, tatkala ekonomi negara menghadapi masalah, gaji minimum akan menyebabkan masalah ekonomi tersebut menjadi lebih teruk kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar pengangguran. Syarikat-syarikat dihalang oleh undang-undang daripada mengambil pekerja baru atau menurunkan gaji walaupun para pekerja itu sendiri sanggup menerima gaji lebih rendah demi mengekalkan pekerjaan mereka. Maka akibatnya proses pembaikan kedudukan ekonomi negara dan pengurangan kadar pengangguran akan menjadi perlahan.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib mengatakan bahawa jika langkah ini diteruskan, maka mungkin 300 syarikat keselamatan terpaksa gulung tikar. Ini akan menyebabkan 60,000 orang pengawal keselamatan tempatan hilang pekerjaan. Inilah akibat yang tidak dijangka daripada tindakan memperkenalkan gaji minimum, walaupun niat asal gaji minimum adalah baik.

Saya akui para pengawal keselamatan memang menerima gaji yang rendah. Bapa saudara saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat kecil berdekatan Kuala Pilah. Pak Andak saya mengayuh basikal tua setiap hari untuk pergi bekerja demi menyara keluarga. Kehidupan beliau memang susah dan beliau baru kematian isteri bulan lepas. Siapa yang mahu menyara keluarga beliau jika gaji minimum itu menyebabkan dia kehilangan kerja?

Saya akui saya agak emosi dalam hal ini disebabkan memikirkan kesusahan hidup Pak Andak saya dan juga pengalaman peribadi saya sendiri. Tetapi saya bukan bercakap dari segi teori sahaja. Saya pernah menjadi mangsa kezaliman gaji minimum dan saya tidak mahu orang lain ditimpa nasib yang sama.

Saya tidak pasti adakah mereka yang menuntut gaji minimum di Malaysia pernah atau tidak bekerja sebagai buruh kasar, apatah lagi sebagai pembersih tandas, lalu dibuang kerja seperti saya. Atau adakah mereka hanya berkempen daripada keempukan kerusi mahal di pejabat masing-masing sahaja?

Gaji minimum ialah satu dasar yang merbahaya kepada golongan berpendapatan rendah. Demi kebajikan rakyat miskin, saya harap gaji minimum tidak diperkenalkan.

Wan Saiful Wan Jan ialah Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (www.IDEAS.org.my)

Sumber: Utusan Malaysia, 12 Mei 2010

12 Mei 2010

Penekanan sama adil untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

BEBERAPA pihak menyuarakan rasa kurang senang dengan perkembangan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) mulai tahun depan kerana bimbang berlaku pelaksanaan yang berat sebelah.

Ini disebabkan perancangan bagi memastikan Bahasa Inggeris dapat diperkukuhkan sudah dapat dilihat dengan jelas melalui cadangan pengambilan 365 tenaga pengajar pakar bahasa Inggeris dari luar negara, termasuk United Kingdom dan Australia.

Mereka yang diambil secara kontrak yang akan dibahagikan mengikut zon untuk membimbing guru Bahasa Inggeris tempatan teknik pengajaran yang dapat membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih baik.

MBMMBI yang menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimansuhkan pada tahun lalu, turut melihat persetujuan Kabinet bagi penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ditambah di sekolah rendah dan menengah.

Berdasarkan keputusan itu, waktu bagi Bahasa Melayu ditambah daripada 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC/SJKT), manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada 240 minit seminggu.

Masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris pula ditambah daripada 240 minit kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menengah, manakala di SJKC/SJKT ditambah daripada 60 minit ke 120 minit seminggu.
Sungguhpun demikian, waktu persekolahan tidak dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar dan ia akan dibuat pengubahsuaian dari segi kokurikulum selaras dengan perubahan berkenaan.

Timbalan Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata gerakan untuk melaksanakan MBMMBI berjalan terlalu perlahan berbanding ketika dasar PPSMI ingin dilaksanakan pada 2003 dan perkara terbabit menimbulkan kebimbangan di kalangan pejuang bahasa Melayu.

“Kita boleh lihat dengan jelas, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia dan wajib diguna pakai oleh semua masyarakat tidak kira agama dan bangsa. Ia perlu diberi penekanan mendalam dalam aspek pendidikan kerana sudah banyak istilah dalam bahasa Melayu diterima pada peringkat antarabangsa.

“Kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu berusaha untuk mengembalikan status bahasa Melayu seperti sebelum 2003 yang mana ia diguna pakai dalam semua bidang pendidikan termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik,” katanya ketika ditemui Sastera, di Kajang, baru-baru ini.

Kamal Shukri juga menegaskan usaha membina tamadun ilmu dalam bahasa rasmi negara ini sudah berlangsung dalam masa yang panjang dan perlu dimanfaatkan, tetapi malangnya segala penat lelah dan masa yang diluangkan bagi memperkasakannya terbazir apabila bermula 2003 apabila PPSMI diperkenalkan.

Beliau pasti bahawa banyak jurnal, bahan ilmiah dan penyelidikan bagi bidang Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu sudah dapat dihasilkan ilmuwan dan sarjana sekiranya PPSMI tidak diperkenalkan, malahan pimpinan atasan juga perlu meletakkan bahasa Melayu di tempat sewajarnya dengan menggunakannya ketika berkomunikasi dan urusan rasmi.

“Kita perlu sedar, bahasa Melayu mempunyai jiwa dan nilai budaya yang sangat indah serta sukar diungkapkan. Ia mampu menjadi bahasa ilmu yang diiktiraf dunia, tetapi dalam masa sama tidak salah untuk masyarakat menguasai bahasa Inggeris selagi tidak membiarkan fikiran mereka ditawan bahasa itu,” ujarnya.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, pula menyifatkan dasar MBMMBI perlu diberi penekanan dengan menghalakan warga pendidik terlebih dulu kerana fungsi mereka penting bagi melahirkan bangsa Malaysia yang mencintai bahasa Melayu.

Justeru, masalah yang dihadapi kerajaan dalam pelaksanaan dasar berkenaan adalah bagi menyediakan 13,000 guru baru yang terlatih khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam tempoh setahun.

“Guru sebenarnya menjadi nadi utama dalam menjayakan dasar MBMMBI kerana kalau kita lihat, majoriti pendidik lebih mengejar untuk menghabiskan silibus pelajaran berbanding menerapkan kesedaran dalam diri pelajar bahawa bahasa Melayu adalah wadah kesepaduan dan kesepakatan di Malaysia.

“Bahasa Melayu sebenarnya bukan saja berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, tetapi juga berkualiti sebagai bahasa ilmu. Statistik menunjukkan bahawa pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) menghadapi masalah untuk menguasai bahasa Melayu. Salah satu sebab hal ini berlaku pastinya kerana kurangnya penekanan daripada guru sendiri,” jelasnya.

Beliau berharap kerajaan memainkan fungsi penting dalam hal ini dengan melaksanakan pelbagai dasar yang tegas bagi mendaulatkan kembali bahasa Melayu di kalangan masyarakat, selain pemimpin atasan perlu menjadi contoh terbaik dalam aspek penggunaan dan komunikasi dalam bahasa Melayu.

“Di samping itu, bahasa Melayu juga perlu di martabatkan pada peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), tidak kira sama ada awam atau swasta.

Penegasan dalam hal ini perlu bagi memastikan bahasa Melayu diletakkan di tempat teratas dalam urusan rasmi,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian, 11 Mei 2010

07 Mei 2010

Kembalikan roh universiti

DENGAN berakhirnya April lalu, maka genaplah setahun saya bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi. Dalam tempoh itu, saya belajar banyak perkara, termasuk tentang universiti kita, iaitu tentang apa yang pernah dilakukan sebelum ini, apa yang sedang dilakukan kini dan apa yang perlu dilakukan selepas ini.

Impian semua adalah untuk menjadikan universiti kita ulung. Universiti yang ulung - Ivy League, 10 teratas, universiti apex, universiti penyelidikan dan sebagainya - dilihat oleh masyarakat sebagai kemuncak peluang yang dikejar setiap belia yang bercita-cita tinggi.

Tetapi, apakah ciri-ciri sebenar sebuah universiti yang ulung? Adakah universiti menjadi ulung kerana berada di tangga teratas dalam penarafan? Adakah penarafan itu berdasarkan fundamental atau sekadar persepsi?

Adakah universiti menjadi ulung kerana memenangi banyak pingat emas pertandingan antarabangsa, yang sesetengahnya menganugerahkan hadiah dengan cara yang bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan pada tahun berikutnya dan yurannya bertambah setiap tahun?

Adakah universiti menjadi ulung kerana terkehadapan dalam penyelidikan bagi disiplin tertentu? Adakah universiti menjadi ulung kerana kecemerlangan pengajarannya?

Soalan-soalan ini dilontarkan kerana sebahagian daripada kita seperti telah terlupa akan roh universiti. Terlupa ingatan Syed Naquib al-Attas bahawa "intipati sebenar universiti bukan bangunannya atau penampilan fizikalnya. Sesungguhnya, dalam sejarah mana-mana universiti, para pensyarah dan pelajar yang menuntut daripadanya adalah kandungan utama kewujudan universiti itu". Maknanya, keulungan universiti adalah bergantung pada budaya ilmu yang dihayati oleh keluarga universiti itu.

Kita bimbang jika tersasar daripada matlamat memburu kecemerlangan yang holistik, tetapi sebaliknya terperangkap dalam apa yang disifatkan oleh Harry Lewis (2006) dalam bukunya, Excellence Without Soul, sebagai 'kecemerlangan lompong'.

Kita tidak mahu mengalami masalah yang ditimbulkan oleh Frank Furedi (2006) dalam bukunya, Where Have All the Intellectuals Gone? iaitu keadaan intelektual Amerika Syarikat (AS) kini yang kekurangan pemikir besar seperti Betrand Russel, Raymond Williams dan Hannah Arendt, tetapi sebaliknya diganti oleh peramal dangkal, pengkaji apologis dan pemutar isu.

Sebahagian daripada kita kelihatan asyik dalam apa yang dianggap sebagai fungsi-fungsi kontemporari universiti, iaitu: menjalankan program-program akademik yang diiktiraf oleh agensi profesional dan akreditasi; melaksanakan kurikulum untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan; memfokus kepada penyelidikan yang dibiayai pelbagai pihak; dan menjadikan aktiviti komersial salah satu indikator prestasi.

Semua ini adalah fungsi yang sah dan baik. Tetapi, pada masa yang sama, kita tidak boleh lupa akan fundamental universiti, seperti kebebasan akademik dan autonomi. Di sini, universiti perlu bijak menyeimbangkan hubungannya dengan dua sektor penting, iaitu kerajaan dan perniagaan.

Dalam hubungan dengan kerajaan, kita diingatkan oleh buku Henry Giroux (2007), The University in Chains, di mana dalam menghadapi hubungan tentera-industri-akademia di AS, sesetengah universiti mengiyakan apa sahaja yang diarah kerajaan. Kerajaan sedang memberikan lebih autonomi kepada universiti kita. Universiti perlu menggunakan kebebasan ini dengan optimum.

Kerajaan menggalakkan universiti awam meningkatkan kerjasama dengan industri. Di samping itu, kita memerlukan dan mempunyai sejumlah universiti swasta. Dalam hal ini, kita diingatkan oleh buku Derek Bok (2003), Universities in the Market Place, di mana beliau membicarakan kritik-kritik terhadap beberapa kesan negatif pengkomersialan pengajian tinggi atau sebahagian daripada aktivitinya.

Mengapakah perlu dikembalikan roh universiti?

Ia perlu kerana apabila dilihat perbincangan oleh sebahagian daripada kita yang bertanggungjawab terhadap universiti, terdapat banyak perbincangan tentang masalah dunia, pasaran pekerjaan, kerja kuat dan kejayaan. Tetapi, jarang terdengar perbincangan tentang kekuatan peribadi, integriti, memburu dan menghayati budaya ilmu, kerjasama, idealisme, dan paling penting - bagaimana untuk hidup dalam dunia yang lebih baik, dan bagaimana meninggalkan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik daripada masa kita tinggal dalamnya.

Kelihatannya, semakin ulung sesebuah universiti, maka semakin hebat fokusnya terhadap kejayaan kompetitif dalam pasaran pensyarah, pelajar dan dana penyelidikan, tetapi semakin kendur fokusnya untuk berbicara dengan serius tentang pelajar dan pembangunannya menjadi insan kamil. Banyak bercakap tentang banyak perkara, tetapi amat sedikit tentang usaha membangunkan pelajar menjadi insan yang lebih baik.

Kalaupun ada yang bercakap tentang pelajar dan usaha menjadikannya insan lebih baik, tetapi lazimnya, ia dilakukan dengan cara-cara yang terpisah daripada keperluan, imaginasi dan aspirasi sebenar pelajar. Kita bercakap tentang orientasi pelajar, tetapi kita jarang bercakap tentang penghakupayaan pelajar.

Kebanyakan daripada kita tidak pun memahami bahawa pelajar mempunyai tiga permintaan asas, iaitu mereka mahu suaranya didengar, mahu bakat dan peranannya diiktiraf, dan mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang sesuai dengannya.

Kerana itu, kita perlu menghayati ciri-ciri fundamental yang menjadikan universiti itu ulung. Kita perlu bermula dengan definisi ilmu yang tepat. Menurut Syed Naquib al- Attas, ilmu ialah ketibaan makna daripada maklumat yang benar. Ilmu daripada maklumat palsu bukan ilmu. Ilmu daripada maklumat benar tetapi tidak bermakna juga bukan ilmu. Soalnya, sejauh manakah kita mendidik pelajar dengan ilmu yang benar-benar ilmu?

Selanjutnya, kita perlu menghayati budaya ilmu. Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, ia terdiri daripada tiga prinsip, iaitu meletakkan ilmu dan ilmuwan di tempat paling tinggi; sentiasa menuntut, membangun, mengongsi dan menilai ilmu; dan setiap keputusan dibuat berasaskan ilmu. Soalnya, sejauh manakah kita benar-benar menghayati budaya ilmu?

Apakah makna roh universiti? Bagaimanakah mengembalikannya?

Tiada sesiapa punya semua jawapannya. Malah, bagi kita yang memperjuangkan autonomi universiti, kebebasan akademik dan penghakupayaan pelajar, dan dalam politik pula menganjurkan politik baru yang menekankan pendekatan demokrasi partisipatif, maka jawapannya tentulah memerlukan untuk kita merundingkannya dan membinanya secara berjemaah.

Sementara menunggu jawapan itu, ada eloknya jika kita merenung tulisan Henry Rosovsky (1990), The University: An Owner's Manual tentang beberapa ciri universiti ulung:

  • Fakulti yang sentiasa mencerna idea dan ilmu baru; penulis buku mengajar.
  • Pelajar dari seluruh pelosok dunia dipilih melalui piawaian yang tinggi - kumpulan yang beraneka, menarik dan unggul.
  • Membenci pemikiran kolot dan penyelesaian dari atas; mencintai kecemerlangan.
  • Mempunyai tradisi yang bermakna.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Sumber: Utusan Malaysia, 5 Mei 2010

05 Mei 2010

Hakikat Cinta

Oleh: Mohd. Raimi b. Yusof

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan ( sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku. Bacalah , dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan apa yang tidak diketahuinya"
Surah Al’Alaq 96 : 1-5


Pencerapan Cinta
Manusia dibahagikan dengan 3 kecerdasan iaitu kecerdasan IQ, EQ dan SQ. Ketiga-tiga kecerdasan ini merupakan satu perkara yang begitu dititikberatkan di dalam menjalani kehidupan insani yang sempurna.

IQ merupakan satu hasil penemuan pakar psikologi German William Stern pada tahun 1912. Persoalan yang boleh ditimbulkan melalui kecerdasan ini ialah Apa yang kita fikir ?. Kebiasannya bacaan fizikal menjurus kepada perkara bersifat meteralistik yang membolehkan seseorang bangga mengejar kepada kesempurnaan kebendaan. Perkaitan yang tercantum antara cinta dan IQ adalah merupakan satu percantuman yang menghasilkan perhubungan bersifat fizikal iaitu perhubungan kebendaan, kecantikan dan kesihatan dimana unsur-unsur ini tiada roh pengekalan dan bersifat tidak abadi . Penghakisan cinta dari aspek ini membawa kepada satu pemahaman luaran individu yang membawa kepada satu penggadaian aspek kemanusiaan dalam diri manusia sendiri dan membawa kepada penjenamaan unsur-unsur haiwani dalam diri manusia.

Dari aspek Emosi pemahaman mudah boleh difahami adalah dengan menjawab persoalan apa yang kita rasa? Pelbagai perasaan boleh ditimbulkan seperti gembira, bahagia, sedih, kecewa, marah dan sebagainya. Cinta dan Emosi merupakan satu pakatan yang padu yang merupakan satu hubungan yang menjurus kepada kebahagian , keseronokan dan kegembiraan . Akan tetapi penghakisan cinta dari aspek ini menjenamakan kebahagian, keseronokan dan kegembiran dari aspek ruang lingkup diri dan pasangan mereka tanpa memikirkan ruang lingkup pemahaman agama dan norma-norma masyarakat. Perasaan pada ketika ini membawa kepada satu pandangan dunia yang indah yang bersifat retorik dimana kebahagiaan yang difokuskan hanyalah bersifat tidak abadi. Dimana ianya akan berkurangan setelah mengetahui kehidupan sebenar seorang insan yang dicintai dimana kehidupan ini dilindungi oleh buih-buih pemahaman indah yang tidak diketahui kebatilannya.

Teruskan baca dengan nama Tuhanmu
Kecerdasan SQ merupakan penemuan ilmia baru, yang ditemui ole Dana Zohar (Harvard University) dan Ian Marshall ( Oxford University ). Penemuan God Spot di dalam otak manusia dikatakan sebagai hardware spiritual. Penemuan ini menguatkan keadaan kepada kehidupan yang lebih bermakna dan memiliki kebahagian yang abadi. Cinta dari aspek ini merupakan hakikat cinta sebenar yang menemui persoalan siapa kita, dari mana kita berasal dan ke mana kita akan pergi. Segala persoalan ini menghubungkan kepada jambatan pencipta kita sebenarnya. Jambatan ini diumpamakan sebagai jambatan yang kukuh dan tidak akan runtuh sama sekali walaupun digertak ia akan tetap kukuh dan akan terus kukuh bergantung kepada keyakinan kita kepada hubungan tersebut. Hubungan pada ketika ini merupakan satu hubungan keseronokan tanpa kesepian, kebahagian tanpa kegusaran, kegembiraan tanpa batasan. Hal ini kerana penjualan jiwa kepada pembeli sesuai telah ditemui. Pembeli ini tidak pernah mengeluh dan sentiasa menunggu penjual datang kepadanya tidak kira waktu dan masa dan akan sentiasa membeli dengan penuh perasaan kasih sayang kepada penjual. Pembeli ini tidak mengharapkan kebendaan cuma mengharapkan ketaatan. Hal ini ditekankan oleh pembeli sebenar di dalam Al Quran:
"Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu: inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan ramai di antara kamu maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"
Surah Yaasiin 36: 61-62

Cintai manusia, manusia kan mati,
Cintai Allah Kekal Selama-Lamanya.

Percayalah cinta hakiki wujud dan perlu mengambil masa untuk mencarinya hanya kesabaran pemecah kesesatan dan taqwa penemu jalan.

22 Februari 2010

Bahasa oh bahasa!

BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis.

Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan.

Justeru, Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur.

Rasulullah SAW sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pengucapan baginda.

Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam percakapan seharian.

Luqman Al-Hakim juga berpesan dengan anaknya, menggunakan istilah 'wahai anakku' yang menggambarkan kelembutan seorang ayah dalam menasihati anaknya sehingga termaktub dalam al-Quran (Luqman:12-19).

Penulis buku motivasi terkenal, La Tahzan (Jangan Bersedih), Dr. Aidh Abdullah al-Qarni juga ada berkata dalam suatu temuramah, "Islamlah yang mengajak orang untuk memiliki kebebasan berekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangan sampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merosak dan memfitnah orang lain."

Ini menunjukkan bahawa bersuara tidak mengehadkan batas pemikiran manusia, tetapi harus dilakukan dengan batas lingkungan yang benar dan beretika.

Namun dapat diperhatikan senario pada hari ini, ialah penggunaan bahasa yang semakin kasar dan kadangkala juga boleh menggugat keimanan.

Ia terserlah dalam penggunaan bahasa di kalangan muda-mudi termasuk remaja, dalam blog penulisan, bait lagu dan puisi, serta dalam rancangan di televisyen atau radio.

Penggunaan bahasa pasar dan bahasa kasar sememangnya kurang enak didengar, namun itulah realiti yang terpaksa ditelan hari ini.

Persoalannya, adakah rancangan-rancangan tidak akan laku sekiranya tidak menggunakan bahasa yang indah dan teratur?

Adakah setiap program memerlukan jenaka yang kadangkala berlebihan dan kurang sedap didengar untuk menarik perhatian penonton?

Adakah bahasa yang digunakan dalam lagu misalnya tidak melambangkan sikap dan jiwa sebenar seseorang itu?

Oleh itu, remaja perlu berfikir secara mendalam akan penggunaan bahasa agar ia tidak menyinggung perasaan orang lain sekali sekalipun untuk menyatakan kebenaran.

Antara gurauan dan igauan

Dalam menggunakan bahasa, perkara-perkara seperti sebutan, ejaan, kosa kata, tanda baca dan sebagainya dipanggil tatabahasa dan ia merujuk kepada struktur dan binaan ayat.

Manakala peraturan-peraturan bagi memilih bentuk sapaan, ganti nama, bentuk hormat, dan perbuatan menyentuh orang, mengiktiraf taraf sosial, taraf pendidikan, usia orang dan lain-lain pula boleh dipanggil sebagai budi bahasa.

Budi bahasa adalah sesuatu yang penting apabila bertutur dan berkomunikasi, walaupun sedang berjenaka dan bergurau.

Yang menjadi masalahnya ialah apabila ramai antara kita yang cuba bergurau tetapi menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan kadangkala mengaibkan orang lain.

Islam tidak melarang berjenaka dan bergurau, tetapi tidak harus berlebih-lebihan. Menghiburkan diri dengan jenaka atau kata-kata gurauan boleh menghilangkan kerisauan hati tetapi dalam masa yang sama ia kadangkala mengundang sensitiviti kepada orang yang terlibat dan mendengar.

Oleh itu, remaja harus sentiasa berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan sesiapa dan pastinya kita mengharapkan perbuatan yang serupa daripada orang lain juga.

Allah mencipta manusia dengan akal dan hati, yang saling berbeza tabiat dalam memberikan reaksi kepada perkataan. Akal memproses logik dan hati memproses emosi.

Apabila seseorang memberi tindakbalas yang positif, secara automatik emosi akan berasa ceria dan bersemangat dan begitulah sebaliknya.

Apatah lagi sekiranya berjenaka tentang agama yang bermaksud untuk memperlekehkan agama.

Ia mungkin berlaku tanpa disedari, sebagai misalnya berlawak mengenai hukum-hakam yang sudah sedia maklum wajib dilakukan seperti bersolat, berpuasa, dan asas-asas rukun Islam dan rukun Iman yang lain.

Ada juga yang tanpa sedar berjenaka mengenai tuntutan yang wajib dilakukan seperti menutup aurat, menjaga kewajipan dengan jiran dan guru, poligami dan sebagainya.

Paling tidak pun, bergurau dengan memendekkan istilah-istilah yang baik seperti astaga, La'ilah, dan sebagainya dengan tujuan menimbulkan rasa geli hati kepada pendengar. Semua ini akan menjejaskan keimanan walaupun dilakukan tanpa sedar dan niat.

Adalah menjadi suatu kebiasaan pula di masa kini untuk menyelitkan lawak jenaka dalam majlis-majlis ilmu.

Sesetengah orang berpendapat bahawa tanpa jenaka sesebuah ceramah akan menjadi bosan dan tidak menarik.

Mungkin ada benar. Dan mungkin juga ia kurang tepat. Bagaimana ilmu boleh disampaikan secara berkesan sekiranya disampaikan dengan lawak dan terlalu santai? Apakah matlamat sebenar apabila berceramah? Memastikan matlamat seminar tercapai atau membuat orang ketawa?

Justeru, penggunaan bahasa dalam bergurau dan jenaka mesti digunakan sebaik-baiknya kerana dibimbangi boleh membawa interpretasi yang salah yang menyinggung manusia dan hukum-hukum Allah.

Sekiranya ia dilafazkan untuk meredakan ketegangan minda dan sekadar menaikkan suasana ceria, bolehlah dilakukan sekadarnya.

Apa yang penting, gurauan dan jenaka bukanlah jalan untuk mengalih dan menutup pintu kebenaran. Kerana apabila manusia sudah terlalu gembira, kadangkala mereka terlupa akan isu pangkal dan fokus sebenar.


Syirik tanpa sedar

Selain itu kita juga sering disajikan dengan lagu-lagu, sajak, drama atau filem yang menggunakan bahasa-bahasa yang menggambarkan cinta manusia lebih unggul daripada cinta kepada Allah SWT.

Lambakan lagu yang menggunakan istilah seperti 'tidak boleh hidup tanpamu', 'hidup matiku hanya untukmu' dan sebagainya menggambarkan bahawa manusia seolah-olah telah menjadi hamba kepada cinta dan manusia bergantung kepada manusia yang lain sedangkan Allah telah menjadikan manusia dengan kemampuan dan kelebihan yang tersendiri.

Terdapat juga lagu-lagu yang tanpa kita sedari menyalahkan takdir atas musibah yang berlaku, sedangkan dalam Islam kita harus percaya kepada ketentuan qadar dan qada yang Allah tentukan. Lagu digambarkan seolah-olah hidup akan hancur selepas kehilangan sesuatu atau seseorang, ataupun sedangkan kita dituntut untuk bersabar, percaya dan bertawakal kepada Allah.

Begitu juga dengan nyanyian, iaitu pada dasarnya ia tidak sepatutnya melekakan apatah lagi memuja-muja sesuatu selain Nya yang boleh membawa ke arah syirik.

Menggunakan perkataan seperti dewa, dewi, idola dan lain-lain sebagai manifestasi kepada orang yang dicintai adalah sesuatu yang salah.

Sungguhpun ia digunakan untuk menggambarkan betapa agungnya kecintaan terhadap seseorang, ia menyalahi konsep bahawa yang perlu diagungkan adalah Tuhan yang kekal abadi, dan bukan manusia dan dunia yang fana ini.

Harus diingat bahawa pengucapan kepada manusia tidak boleh melebihi tingginya kuasa Allah. Malang sekali apabila radio dan stesen TV juga menyiarkan lagu ini sewenangnya tanpa berfikir akan implikasinya apabila ia menjadi siulan ramai.

Memang tidak salah para remaja menjadi orang-orang yang dinamik dalam menggunakan istilah dan konsep. Tetapi setiap istilah terkandung makna dan makna dalam istilah agama berkait rapat dengan al-Quran dan hadis.

Seperti juga orang-orang Barat mengemukakan istilah-istilah tertentu untuk dipopularkan, tetapi ia terkandung maksud yang bercanggah atau tidak serasi dengan tradisi dan budaya orang Islam.

Orang Barat mengguna pakai sesuatu istilah, kadang-kadang berkait rapat dengan tradisi, budaya dan pancaran daripada sistem kepercayaan atau agamanya.

Para remaja yang hidup dalam negara merdeka amat mustahak menjaga kepentingan jati diri. Memelihara jati diri tidak semestinya menyebabkan para remaja menjadi tertutup terhadap pengaruh baik daripada budaya dan tradisi orang lain.

Budi bahasa yang baik sememangnya menyenangkan hati semua orang dan lebih baik disertakan dengan perbuatan yang yang baik. Bak kata pepatah Melayu, 'Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa'.

Kesimpulan

Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud.

Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan berprinsip.

Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut peredaran zaman.

20 Januari 2010

Apresiasi daripada Baca@LRT

Terima kasih juga kepada Sinar Harian, Berita Harian, Era Pakatan, Radio 24, Ramlee Awang Murshid Fan Club, Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Kelab Tidur dengan Buku, PTS Publication, tim Secret Story, Sindiket Sol-Jah dan Sol-Dadu dan Dewangga Sakti.

Edisi Penuh

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Tuan dan cik puan yang dimuliakan, saya doakan tuan dan cik puan beroleh rahmat, dikurniakan rezeki, diberikan kesihatan, disentuh rasa kegembiraan dan dipermudahkan urusan.

Tuan dan cik puan yang dihormati,

Ramai yang terkejut dengan keberanian dan kesungguhan tuan dan puan yang dimuliakan.

Itulah respon utama yang disampaikan selepas peristiwa 16 Januari lalu. Respon ini saya terima secara lisan dan emel.

Akhbar Era Pakatan dalam tempoh empat hari berita itu disiarkan masih kekal menunjukkan berita ini sebagai hit bacaan tertinggi.

Radio Bernama menyiarkan berita Baca@LRT sebanyak empat kali bermula jam 12 sehingga jam 6.15 petang.

Penggerak gerakan membaca sebelum ini juga hairan bagaimana Baca@LRT dapat melakukan sesuatu yang sukar mereka lakukan dalam tempoh tiga tahun lalu.

Carian informasi Baca@LRT meningkat kesan daripada sebaran maklumat daripada tuan dan cik puan.

Dari seratus menjadi seribu hasil carian. Pada jam 10.28 malam, hasil carian Baca@LRT adalah seperti berikut;

Results 1 - 10 of about 3,030 for "Baca@LRT" with Safesearch on. (0.38 seconds)

Tim Baca@LRT yakin semangat, kegilaan dan kesungguhan kita bersama-sama telah menggerakkan aktiviti pada Sabtu lalu membawa kepada perkembangan ini.

-------------------

Kita telah menghantar mesej yang jelas kepada ramai orang. Bahawa orang Malaysia membaca, maklumat bahawa kita hanya membaca dua buku setahun perlu diperluaskan melibatkan kajian di kedai buku dan penerbit. Kita mengubah persepsi ini secara total.

Pada hari kita berada di Kelana Jaya, ada individu-individu yang tidak mengetahui mengenai gerakan ini bersama-sama mengambil foto di stesyen itu kerana teruja terhadap kerja mulia yang kita sama-sama usahakan.

Mereka yang sudah menjadikan amalan membaca di LRT yang mengetahui usaha ini tersentuh dengan kehadiran tuan dan cik puan kerana ia memberitahu mereka satu perkara yang jelas bahawa mereka tidak berseorangan selama ini.

Anak-anak kecil yang datang bersama pada hari itu berasa seronok melihat kita kerana mereka dapat melakukan sesuatu bersama-sama orang yang lebih dewasa.

-------------------

Kami di tim Baca@LRT memanggil usaha ini sebagai gerakan. Yakni ini adalah usaha kita bersama-sama menjadikan membaca sebagai gaya hidup.

Sekiranya kita memanggilnya kempen, maka kita hanya akan menang dengan mendukung slogan.

Kita dapat melihat sendiri betapa tidak selesanya penumpang yang tidak membawa bahan bacaan di LRT.

Kami yakin, selepas ini, mereka yang mengalami pengalaman dikelilingi orang ramai yang membaca akan membawa bahan bacaan mereka selepas ini.

Mereka akan terbayang situasi pada 16 Januari lalu setiap kali mahu menaiki LRT.

-------------------

Baca@LRT percaya ia adalah gerakan beramai-ramai dan usaha secara individu yang akan berterusan.

Baca@LRT akan hidup dalam diri kita di mana sahaja kita berada tanpa mengira tarikh dan hari tertentu.

Tuhan memberi ganjaran atas usaha yang dilakukan. Apa jua hasilnya selepas ini, kita semua telah memberikan yang terbaik bagi membudayakan membaca sebagai gaya hidup.

Gerakan pada 16 Januari lalu adalah mesej jelas kepada masyarakat. Membaca di tempat terbuka bukan sesuatu yang ganjil. Ia adalah kebiasaan yang perlu ditonjolkan. Rasa kagum kita kepada budaya di negara Jepun kini sudah bertukar menjadi tindakan.

-------------------

Sebagai makluman, selepas program pada 16 Januari lalu, rakan-rakan kita secara sukarela mahu menggerakkan Baca@LRT melalui stesyen masing-masing.

Ini bermakna, situasi tsunami Baca@LRT pada bulan Febuari akan lebih natural dan real sifatnya.

Jumlah orang yang membaca dari satu stesyen ke satu stesyen akan bertambah sehingga ke stesyen akhir yang kita akan tentukan kelak.

Ini akan menjadi pengalaman menarik kita semua bagi melihat respon penumpang pada hari itu.

-------------------

Buat pengetahuan, Bahagian Penyelaras Komunikasi Gerakan Rakyat Baca@LRT kini mempunyai dua pecahan.

Pertama untuk sebaran maklumat bahasa Melayu dan kedua adalah untuk sebaran maklumat bahasa Inggeris.

Ia akan dikendalikan oleh sukarelawan dan rakan baru kita yang turut terlibat dalam gerakan membaca pada 16 Januari lalu.

Bahagian penyelaras komunikasi bahasa Melayu akan kekal bagi sebaran maklumat dan taklimat online melalui Facebook dari masa ke semasa.

Manakala penyelaras komunikasi bahasa Inggeris membantu kita menyampaikan perkembangan Baca@LRT kepada gerakan membaca di luar negara.

-------------------

Di sini saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada 16 Januari lalu.

Mudah-mudahan, tuhan permudahkan usaha kita pada bulan Febuari ini. Tarikh akan dimaklumkan, 15 hari sebelum gelombang kedua bersama taklimat secara online.

Terima kasih juga kepada Sinar Harian, Berita Harian, Era Pakatan, Radio 24, Ramlee Awang Murshid Fan Club, Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Kelab Tidur dengan Buku, PTS Publication, tim Secret Story, Sindiket Sol-Jah dan Sol-Dadu dan Dewangga Sakti.

Terima kasih kepada para jurufoto professional yang hadir, mereka menjadi orang penting merakamkan peristiwa bersejarah di negara ini.

-------------------

Mari kita berangan-angan.

Pada suatu hari nanti, berkat usaha kita bersama-sama, logo Baca@LRT akan berada di kedai-kedai buku.

Akan kelihatan logo Baca@LRT di pintu masuk MPH, POPULAR, BORDERS dan setiap kedai majalah di setiap stesyen LRT.

Semuanya menyokong dan memberitahu orang ramai inilah kedai buku yang menyokong Baca@LRT, satu gerakan membaca terbesar yang kita lakukan bersama-sama.

Secara automatik perkataan Baca@LRT berulang-ulang di mana sahaja dan menjadi perkataan yang mendorong orang lain melakukannya.

Mari kita berangan-angan keadaan ini akan berlaku sebagaimana kita berangan-angan pada 16 Januari lalu. Kemudian ia akan menjadi benar.

Kita sebenarnya tidak mengikut sistem, tetapi mencipta sistem sendiri dalam masyarakat. Satu sistem hidup yang akan menjadi kebiasaan pada anak-anak dan generasi selepas ini.

Bertemu kita sekali lagi pada Febuari 2010. Insya Allah.

Tuan Zamri Mohamad

17 Januari 2010

KESPA sertai Baca@LRT

oleh: Muhammad Safwan Mohd. Noor Azmi



Pada 16 Januari 2010, Komuniti Facebook Baca@LRT telah mengadakan aktiviti membaca di dalam LRT. Program ini merupakan inisiatif kumpulan peminat-peminat buku, pembaca tegar dan penyokong kempen membaca dalam LRT. Dua orang wakil Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) telah mengikuti program tersebut sebagai tanda memberi sokongan terhadap aktiviti membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.


Catatan Perjalanan
Oleh kerana tiada taklimat diberikan sebelum program bermula, peserta dimaklumkan menerusi Facebook supaya menggunakan 'kata laluan: natural' untuk mengenali ahli-ahli baharu lain yang mempunyai tujuan yang sama. Program akan berlangsung sepanjang perjalanan dari Stesen LRT Terminal Gombak hingga ke Stesen LRT Kelana Jaya.

Pada pukul 10.00 pagi, peserta memasuki ke dalam LRT dan mula membaca. Perjalanan ke Kelana Jaya mengambil masa kira-kira 45 minit. Situasi yang berlaku dalam LRT tadi dipenuhi dengan peserta Baca@LRT dengan buku, majalah, kertas kerja, novel dan komik di tangan masing-masing.

Penyertaan Profesor Emeritus Abdullah Hassan bersama-sama isteri beliau, Puan Ainon Mohd., Pengerusi Kumpulan Syarikat-syarikat PTS, penulis dan perwakilan badan bukan kerajaan (BABUKA) memeriahkan lagi program tersebut.

Masyarakat yang melihat situasi tersebut didapati ada yang terkebil-kebil hingga timbul tanda tanya, rasa bersalah kerana tidak turut membaca dan tidak kurang juga yang memandang sinis. Walau bagaimanapun, usaha murni sebegini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang. Hal ini bukan semata-mata menagih publisiti mahupun populariti sebaliknya bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya menjadikan membaca sebagai budaya atau cara hidup walaupun di mana-mana sahaja.

Berikan sokongan dan dokongan saudara kepada Baca@LRT


Jangan lupa untuk menyertai Komuniti Facebook Baca@LRT. Aktiviti seterusnya dijangka pada bulan Februari pula. Mari meramaikannya.

Keratan akhbar
Akhbar Sinar Harian, 28 Disember 2009

Akhbar Berita Harian, 12 Jan 2010

Akhbar Era Pakatan, 16 Jan 2010

16 Januari 2010

Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu Pernyataan Keprihatinan

Oleh: Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.


Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam, Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.
Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:
What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.


Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.


Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.


It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.


In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.


The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority
Sumber: takemon

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More