07 September 2009

Respons untuk penjelasan

ble la lespa ni nk maju..hmm..korg pnh xtrpk mtlamat korg ni..korg hanya tumpu pd pngucaman awam..korg hanya nk tubuhkn upagum..pnh x korg xtrpk utk bngun perjuangkn ipgm kbm..naik taraf sbuah u nivrsiti bhsa mlayu..korg tau x yg rmai org jdk xde smgt pn nk join kelab ni...sbb mtlamat kelab ni hnya tumpu pd pidato..pcayala..rmai yg kcewa sgt pd kelab ni..aku mmg minat kelab ni..tp makin hari aku rsa bnda ni dh mnyimpang..ni junior2 yg bru msuk ni..korg blehla cte bnda2 yg mnarik..tp pkr2la...aku ni dh 3 thun kt sni..dh ijaazah pn lg 2 thun..ble lg kte nk dpt traf u..korg pn tgk..kmudahan kte mcm 2..korg pn tgk..kmudahan kte mcm 2..kelab yg bgus...tp aku hrp ade prubhan...n aku dpt tau ade ajk kespa yg kurg brbudi bhs..aku xde rr nk tgur..tp kte kna jgk ade budi bhsa..smoga korg xamik ati dgn ape yg aku ckp..hrp KESPA leh tros maju..aku doakan kjayaan korg..hrp tgurn ni dberi prhatian..



Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Selamat berpuasa.

Terima kasih atas kesudian saudara mengunjungi laman ini dan keprihatinan saudara terhadap perkembangan KESPA.

Pertamanya, saya menggalakkan saudara supaya menggunakan nama yang sebenar atau nama samaran berserta pautan peribadi seperti e-mel, blog, facebook dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya supaya tidak berlaku sebarang kesulitan, salah anggap, spekulasi, tuduhan liar mahupun fitnah. Setiap penulisan yang dibuat mestilah bertanggungjawab.

Kedua, persoalan berkenaan objektif penubuhan Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA) adalah sudah pasti merakyatkan ilmu seni pengucapan awam atau pidato kepada masyarakat umum khususnya warga IPGM Kampus Bahasa Melayu yang benar-benar berminat untuk mengikutinya. Begitulah juga dengan kelab-kelab yang lain seperti Silat; memperkenalkan, melatih dan mengajar ilmu silat, Tarian; melatih ahlinya supaya boleh menari dengan baik (hanya sebagai gambaran umum). Maka, sudah pasti kesan akhirnya adalah untuk mengangkat dan memartabat IPGM Kampus Bahasa Melayu (IPGMKBM) yang pernah gah suatu ketika dulu mengikut pengisian masing-masing.

Walau bagaimanapun, jangan samakan peranan KESPA  sebagaimana Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Seringkali pihak kami mendapat maklum balas yang tidak relevan dan boleh diterima akal daripada sebilangan pelajar di IPGMKBM sendiri yang berpandangan bahawa KESPA tidak berusaha untuk menjaga kebajikan pelajar. Sebaliknya, hanya tertumpu kepada pidato semata-mata. Walhal, kita punya banyak pengisian yang disediakan khas untuk ahli KESPA sahaja berkenaan budaya ilmu, citra keguruan, keterampilan dan kepemimpinan sebagai seorang guru, budaya hidup sebagai agen perubahan sosialisasi masyarakat dan sebagainya. Jika mahu bersoal jawab isu kebajikan pelajar, fokusnya kepada JPP kerana organisasi inilah yang sewajarnya menguruskan isu-isu kebajikan pelajar. Jangan dibangkitkan kepada pihak kami kerana kami bukannya mewakili suara pelajar, cuma kelab yang memeriahkan lagi suasana IPGMKBM dengan aktiviti-aktiviti berdasarkan objektifnya. Benarlah kata peribahasa, cuma jauhari sahaja yang mengenal manikam.

Untuk makluman saudara, KESPA akan memperkenalkan, mempromosi dan mengangkat martabat IPGM Kampus Bahasa Melayu bilamana dijemput untuk melibatkan diri dalam program-program di IPT dan bersifat kebangsaan. Baru-baru ini wakil KESPA diberi penghormatan untuk menjadi pengacara majlis dan moderator sempena Konvensyen Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaraan 2009 di MAYC. Selain itu, KESPA dijemput untuk memberi pandangan tentang konsep 1 Malaysia di Hotel Marriott, Putrajaya. Juga, diberi ruang sebagai pemikir muda dalam kumpulan wacana ilmu bersama-sama ahli-ahli akademik, pejuang bahasa, sasterawan, ahli politik dan lain-lain lagi.   

Jikalau ada rasa tidak puas hati, boleh sahaja dibuat dengan saluran yang betul. Jikalau ada salah dan silap, mohon maaf dan pertimbangan kerana bukan semua manusia di muka bumi ini sempurna, ada juga silapnya.

Persoalannya di sini, adakah saudara telah melakukan sesuatu yang sewajarnya untuk menggembleng tenaga bersama-sama mencapai sebagaimana yang saudara harapkan? Atau hanya sekadar lihat dan mengomel sahaja tanpa berbuat apa-apa?

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More