03 April 2008

Selamat Datang ke Blog Rasmi KESPA

Alhamdulillah, segala usaha dan pengorbanan anggota KESPA selama ini telah berjaya merealisasikan Kelab Seni Pengucapan Awam Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia akhirnya.

Untuk makluman semua, KESPA telah tertubuh secara rasminya pada 29 Februari 2008 di Dewan Za'ba, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Dengan bantuan, sokongan dan dorongan daripada pensyarah, bekas guru pelatih IB dan pihak luar, diharapkan mampu membawa KESPA menjadi lebih baik lagi.

Insyallah, beberapa program telah dirangka dan akan dijalankan pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Buat masa ini, banyak lagi perkara yang perlu diuruskan bagi memastikan kelancaran KESPA untuk kesenangan semua pada masa akan datang. Diharap semua guru pelatih IPBMM yang berminat untuk bersama-sama kami terus sentiasa setia dan sabar menanti perkembangan yang seterusnya.

Yang pasti, KESPA bukan satu persatuan yang hanya menjalankan program semata-mata untuk menaikkan imej atau kepentingan kami sahaja. Sebaliknya, kami akan membantu anda untuk melatih dan memperbaiki seni pengucapan awam, meningkatkan keintelektualan dan mengeratkan hubungan ukhwah sesama kita.

Kami berharap perjuangan ini mendapat penyertaan dan penglibatan semua warga IPBMM atau setidak-tidaknya memberi sokongan dan dorongan, dan pastinya bukan kutukan, cercaan, mahupun hinaan. Jika ada sebarang komentar, kritikan, cadangan dan teguran boleh dihantar melalui emel kepada:

  • kespaipbmm@gmail.com
Kami sentiasa menerima dengan hati dan minda terbuka. Emel yang diberi akan kami usahakan untuk membalasnya secepat yang mungkin.

Akhir kata, seperti kata guru saya:

Kumpul bersama adalah permulaan,
Kekal bersama adalah peningkatan,
Bekerjasama adalah kejayaan.

Jumpa anda di puncak jaya!

2 ulasan:

Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada semua yang selama ini bekerja keras untuk menubuhkan kelab ini. Selaku salah seorang anggota KESPA saya sangat menghargai apa yang kalian semua lakukan.

Mungkin ramai orang yang akan mempertikaikan banyak perkara kerana mereka belum mengenal kelab ini. Jadikan ia sebagai pembakar semangat kerana tujuan kita adalah untuk kebaikan semua.

Melahirkan dan mempersiapkan bakal-bakal guru di IPBMM yang tercinta ini supaya lebih berilmu dan mampu menyumbang sesuatu kelak.

Akhir kata

'Jangan tanya apa yang IPBMM boleh lakukan untuk anda tetapi tanya diri sendiri apa yang anda telah lakukan untuk IPBMM'

Assalamualaikum W.B.T....

Hari ini telah lahir satu kelab yang akan membawa dan memartabatkan lagi bahasa melayu serta seni pengucapan awam ke persada antarabangsa.

Sesungguhnya,dalam memartabatkan kelab ini, kita haruslah bersama-sama bersatu hati dan menerusakan perjuangan yang belum selesai ini.

Yakinlah bahawa usaha kalian selama ini bukan perkara yang sia-sia.

manisnya lebah kerana madu, manisnya manusia kerana budi,
mesti kita bersatu padu,
agar KESPA terus diingati.

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More