29 Jun 2008

Pertandingan Forum Piala Pusingan Guru Cemerlang Peringkat Akhir

Sesungguhnya pertandingan ini baru sahaja usai pada 26 Jun 2008, hari Khamis yang lalu. Pertembungan pada kali ini berlangsung antara 2 pasukan iaitu, PPISMP 3E dan PPISMP 3I.

Kriteria yang diambil kira sepanjang forum berlangsung ialah kesantunan bahasa, cara mengawal forum, memulakan forum, kupasan isu, adab dan lain-lain lagi seumpamanya.

Hakim terdiri daripada Dr. Ali bin Mahmood, En. Ramli bin Saadon, Pn. Hasnah binti Mohd. Salleh dan Datin Paduka Anismah binti Ahmad.

Kesimpulan yang dapat dibuat sepanjang pertandingan; kedua-dua pasukan kurang mantap dari segi penguasaan maklumat, yakni memahami, menghadam dan kritis sesuatu isu. Akibatnya, isu yang cuba ditonjolkan kurang jelas dan kadang kala contoh yang diberi tidak sesuai dengan kenyataan yang diujarkan. Seharusnya setiap peserta memahami terlebih dahulu 'akar' tajuknya dahulu, barulah senang untuk membincangkannya di dalam forum dengan minda yang terbuka.

Selain itu, terdapat juga peserta yang berperwatakan seperti seorang 'deejay' sehingga intonasi suara yang digunakan mengelirukan audiens dan hakim sama ada sedang mendengar radio atau menonton forum.

Walau bagaimanapun, persembahan kedua-dua pasukan adalah pada tahap memuaskan. Semoga selepas ini ada peningkatan dari segi mutu dan kualiti forum yang dipamerkan.

Pemenang akan dimaklumkan kelak pada masa akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More