PENDAHULUAN
Dalam menghadapi kegentingan masalah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang dewasa ini, satu usaha yang terencana dan teliti bagi merungkai masalah tersebut amat diperlukan. Oleh sebab itu, segala penyelesaian yang ingin dilakukan haruslah bermula dengan usaha memperbetulkan cara berfikir masyarakat Islam terutama yang berhubung dengan unsur-unsur penting yang membentuk alam pemikiran mereka. Bertitik tolak dari kesedaran tentang pentingnya usaha tersebut satu seminar sehari pengukuhan Pandangan Alam Islam akan dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Institut Integriti Malaysia.
OBJEKTIF
- Menekankan keutamaan Pandangan Alam Islam dalam kerangka berfikir masyarakat Islam.
- Memantapkan kefahaman masyarakat, khasnya generasi muda, tentang Pandangan Alam Islam yang sebenar.
- Menghuraikan unsur-unsur penting dalam Pandangan Alam Islam.
PENGANJUR
- Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Dengan kerjasama, Institut Integriti Malaysia (IIM)
Sasaran penyertaan sebanyak 200 orang (bagi Seminar) dan 500 orang (bagi Syarahan Perdana) daripada kalangan ahli akademik, ahli profesional, pelajar dan orang awam.
YURAN
Yuran Seminar dan Syarahan Perdana:
Organisasi : RM100 seorang (kumpulan 5 orang)
Individu : RM150
Pelajar : RM20
Yuran untuk Syarahan Perdana sahaja:
Individu : RM100 (derma ke HAKIM)
Pelajar : RM30
TENTATIF PROGRAM
9.00 – 10.30 pagi
Perasmian oleh Tetamu Kehormat
Ucap Utama oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, UKM
Tajuk: Pengukuhan Pandangan Alam Islam Di Kalangan Masyarakat Islam Kini: Cabaran dan Harapan
11.00 – 1.00 ptg
Sidang Pertama
Pembentang:
1. Dr. Mohd Zaidi Ismail, IKIM
Tajuk: Faham Ilmu Dalam Islam: Satu Pengenalan Ringkas
2. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, UIAM
Tajuk: Makna dan Matlamat Agama dalam Islam
2.00 – 3.30 ptg
Sidang Kedua
Pembentang:
1. Dr. Mohd Sani Badron, IKIM
Tajuk: Adab dan Ta’dib sebagai Asas Pendidikan Islam
2. Dr. Adi Setia Mohd Dom, UIAM
Tajuk: Islam dan Falsafah Sains
3.45 - 5.30 ptg
Sidang Tiga
Pembentang:
1. Dr. Ahmad Bazli Shafie, UMT
Tajuk: Pandangan Islam terhadap Tradisi dan Kemodenan
2. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad, IKIM
Tajuk: Islam dan Cabaran Sekularisasi dan Pembaratan
5.30 - 8.30
Rehat
9.00 – 11.00 mlm
Syarahan Perdana
Oleh: Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas
"Reviving the Worldview of Islam: Internal and External Challenges"
0 ulasan:
Catat Ulasan