Hantu dalam Budaya Melayu:
Suatu Pemahaman Berhikmah
Tarikh: 5 November 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
Penyertaan: Percuma
Pakaian: Kemas
Pengenalan
Dalam Malay Magic (1967), terdapat lebih 20 jenis hantu yang diceritakan dalam masyarakat Melayu. Pontianak, toyol, hantu raya, puaka, jembalang dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya seringkali menjadi isu perbualan masyarakat Melayu bilamana berbicara tentang dunia ghaib.
Selain itu, tulisan Tamar Jalis dalam siri "Bercakap dengan Jin" pernah menjadi fenomena di Malaysia suatu ketika dahulu menjadi kegilaan pembaca berikutan olahan penceritaan pengalaman beliau bersama datuknya, sehingga menimbulkan pelbagai implikasi, sama ada boleh dipercayai atau tidak.
Persoalannya, apakah manisfestasi yang cuba disampaikan daripada cerita-cerita sebegini? Adakah cerita-cerita hantu mampu membijaksanakan masyarakatnya dalam konteks pada hari ini? Adakah ia hanya bersifat mitos atau dongengan semata-mata?
Insyallah, program ini menggalakkan penyertaan daripada semua. Tanpa bayaran, cuma percuma. Kita akan berbincang secara ilmiah, berdasarkan pengalaman masing-masing dan mungkin ada yang keupayaan dalam perubatan makhluk halus ini untuk berkongsi pandangan bersama-sama. Yang pasti, kupasan sebegini diharapkan mampu meningkatkan keyakinan kita kehebatan dan kebesaran Si Pencipta Alam Semesta.
Semua dijemput hadir.
* Tetamu dibenarkan untuk membawa rakan ke program ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan